November 20, 2014

Kepentingan Komunikasi dalam Rumahtangga!

Kisah suami curang dengan janda beranak lima yang jadi viral kat facebook sekarang ni... memang jadi isu betul kisah tu.. mulanya aku pun ingat cerita tu macam betull... tetapi lepas ada pula rentetan dan surat balas dari kisah tu, aku rasa cerita tu hanya rekaan... Apa-apa pun tak dinafikan memang ada kes macam tu... kes suami curang sebabkan si isteri... Namun, ramai si isteri bengang sebab sengaja mencari salah isteri dalam kes tu... 

Pendapat aku yang masih muda dalam perkahwinan ni... namun, sedikit pengalaman dan pembelajaran... kita boleh ambil pengajaran... sebenarnya, kedua-duanya salah dalam isu ni... sebab utama ialah komunikasi... 

Komunikasi adalah asas penting dalam rumahtangga...selain persefahaman, suami isteri kena selalu berkomunikasi, bermesyuarat dan usrah... Jika masa bercinta boleh habiskan masa chit chat berjam-jam, boleh habiskan duit topup beratus-ratus, boleh SMS setiap masa... mengapa tidak bila dah tinggal semua tu buat perkara yang sama... Tambahan zaman teknologi canggih ni... jika duduk berjauhan sebab kerja berlainan...itu bukan halangan... Dah ada video call, facebook, viber dan segala macam aplikasi yang canggih.... Jika rindu bukan post di facebook, tapi SMS, Call, Video Call pasangan, bukan hilangkan bosan dengan cari kawan lain dan sebagainya... 

Jika ada masalah, bermesyuaratlah... bicaralah dari hati ke hati... bila anak-anak dah tidur bersembanglah... Kadang yang jadi masalah jenis memendam rasa... nak luahkan takut isteri makan hati... tapi kalau pendam kita pula memendam rasa... selalunya jadi kes macam tu... Nak bermesyuarat tak semesti berdepan... jika tak mampu luahkan secara direct, tulislah surat cinta... tinggalkan pesanan ringkas... janji luahkan... jangan ada rahsia dalam rumahtangga, bila berahsia itu memang masalah.. 

Lelaki kurang cari ilmu hal rumahtangga bila dah kahwin... sibuk fikirkan nafkah sahaja... jadi, peranan si isteri jadi penyampai ilmu rumah tangga... pasang video... cari kata-kata dan tips-tips rumahtangga dan whatsapps lah kepada si suami... tag kata-kata cinta dan renungan kata-kata hikmah buat si suami... si suami juga boleh lakukan perkara yang sama... saling mengingati... 

Hal lagi penting, bab kerja rumah... Suami liat nak bantu... sebenarnya, kerja rumah ialah tugas si suami... bukan isteri.. isteri hanya membantu... namun, kerana kasihkan suami si isteri buat dengan rela... namun, sebagai suami tidak boleh lepas tangan begitu sahaja... Jika lepas, maknanya dia tak menunaikan tanggungjawabnya sepenuhnya... 

Jadi, suami isteri wajib dan kena selalu berbicara, bersembang, berkomunikasi.... Berbincang jika ada masalah... jangan berahsia dan memendam rasa... masalah tak kan selesai jika kita luahkan kepada orang lain.. sebab yang hidup bersama dengan kita tak tahu masalah kita... Ibarat kata Dato' Mohd Fadhilah Kamsah, Jika ada masalah di dalam rumahtangga, jangan cari masalah di luar tambah... Jangan cari siapa yang salah, tapi betulkan apa yang tak betul... 

Pentingnya berkomunikasi dalam rumahtangga... jangan pendam, jangan berahsia... luahkan apa dirasa.. bab nak luahkan kepada perempuan kena la bijak... perempuan ni kalau kena tegur, memang terasa dan merajuk...tapi kejap je... nanti ajak pergi shopping hilanglah merajuk dia tu... 
Lebih bermasalah jika jadi seperti gambar ni... Pandang gadjet lebih dari pandang family sendiri...
Sumber: google images

Boleh baca rentetan kisah suami curang DI SINI menurut pandangan Ustaz Pahrol... sebab panjang pula nak dikongsikan.

Itulah sekadar pandangan dan pendapat peribadi... masalah tak kan selesai jika kita lari dari masalah... Rumahtangga kita, kena bijak... sebagai suami kena bijak memimpin... itu, berkahwin bukan macam zaman bercinta... lain ragam dan lain rasa... 

5 ulasan:

  1. setuju sangat dengan entry ni
    sepatutnya begitulah yang perlu dilakukan
    komunikasi tu sangat penting dalam rumah tangga

    BalasPadam
  2. setuju komunikasi tu penting.
    skrg ni, kan kadang kadang masing2 ngadap hp je..

    pasai citer tu bru smalam saya baca.

    BalasPadam
  3. perlunya ada komunikasi yang baik..apepun boleh dibawa berbincang dan selesaikan dengan baik

    BalasPadam
  4. Betul tu..Setuju sangat. Orang sekarang kebanyakannya dah punya pelajaran yang tinggi.. Sepatutnya rumahtangga boleh dilayari dengan baik melalui ilmu yang ada.. Moga cerita itu menjadi pengajaran buat kite semua..^_^

    BalasPadam
  5. Mmg macam rekaan..ada pulak somi boleh tulis surat camtu. Mcm drama swasta kekdahnya. Huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^