sumber: google images |
Kebiasaan bila sebut kalsium mesti orang akan fikir susu, keju dan sumber tenusu... namun, sebenarnya banyak sumber kalsium dari makanan semulajadi yang lain...
Kekacang
Pelbagai jenis kekacang terkenal sebagai sumber kalsium yang cukup tinggi seperti kacang soya, badam, kacang pistachio. Bahkan makanan yang dihasilan daripada kekacang ini juga mengandungi kalsium seperti tempe dan tauhu. Bagaimanapun jangan beri anak berusia lima tahun ke bawah makan kacang sendirian.
Pasta dan bijirin
Selain menghidangkan nasi, anda boleh pelbagaikan hidangan makanan berat kepada pasta atau bijirin. Selain mudah disediakan, enak dimakan ia juga berkhasiat dan tinggi sumber kalsium.
Keju dan yogurt
Makanan yang dibuat daripada susu seperti keju dan yoghurt juga mengandungi tinggi kalsium. Misalnya 8 auns yogurt mengandungi 415 miligram kalsium. Sementara dalam 1.5 auns keju cheddar mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium. Pilih jenis yang tanpa lemak untuk mengelakkan kegemukan.
Sayuran hijau
Sayuran hijau sememangnya baik untuk badan kerana ia mengandungi vitamin dan kalsium terutama sayur bayam, brokoli dan sawi.
Makanan laut
Kandungan kalsium yang tinggi juga boleh diperoleh daripada makanan laut seperti salmon, sardin, kerang dan udang. Menikmati 3 auns salmon dalam sehari cukup membekalkan sebanyak 200 miligram kalsium dalam badan.
Sumber: karangkraf
Jadi, tiada masalah bagi yang alergik susu dan hasil tenusu... Boleh perbanyakkan bijirin dan kekacang serta selalu makan sayuran hijau yang lain... Amalkan pemakanan semulajadi adalah yang terbaik berbanding pengambilan supplement yang diproses...
bagus ni...dapat elakkan osteoporosis...sakit reput tulang...
BalasPadambrokoli dan sawi tu kegemaran
BalasPadambiasa orang asia ni memang akan ada masalah dengan laktosa
BalasPadamyang memang ada dalam susu
anyway nice sharing cikgu
perbanyakkan makanan yang berkalsium tinggi :)
BalasPadamBetul tu.. sebab saya suka cara mudah jadi telan pil kalsium jer la.. tapi makanan yang dalam list tu pun makan jugak tapi tak mampu nak telan bebanyak..
BalasPadam