Pembelajaran Anak-anak Melalui Video! | Sebagai ibu bekerjaya, masa dengan anak-anak cukup terhad... walaupun cikgu, tapi masa yang ada tak seperti cikgu zaman Cikgu Shaari... Cikgu sekarang rasanya 24jam kerja ... bukan lagi separuh hari... Namun, itu bukan alasan untuk aku tak ajar anak sendiri... Jangan pula jadi macam "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan."... Jadi, sebagai workingmom, kena bijak lah macam mana nak latih dan ajar anak sendiri dengan masa yang amat terhad itu kan... sebab memandangkan anak-anak tak pergi taska...
Jadi, salah satu kaedahnya kami guna kaedah pembelajaran melalui video... Untuk si kakak dan si adik... Sebabnya, anak-anak kami tak suka sangat tengok televisyen.
Aku menggunakan video-video di youtube, download simpan dalam pendrive dan juga external harddisk untuk di pasang dalam kereta dan juga di televisyen.
Guna DVD Player
Memang melabur la sikit, pasang DVD player dalam kereta tu... untuk anak-anak insha Allah ada je rezekinya... dan alhamdulillah, anak-anak pun dok diam ketika memandu... Kami tak dedahkan dengan tablet ataupun telefon... biar dia tonton dengan jarak jauh... selamat untuk mata juga...
Antara video pilihan ialah video lagu ABC dan juga video lagu-lagu dari Didi and Friends... Menarik lagu-lagu dari Didi ni...
Ada beberapa siri lagu-lagu kanak-kanak yang menarik untuk kanak-kanak... antaranya;
Bapaku Pulang, Katak Lompat, ABC, Bintang-bintang, 12 Bulan, Rasa Sayang Eh... Memang best.. aku sendiri pun syok tengok video-video pembelajaran ni...
Aku guna video ni, sebab ada pengukuhan dan pengulangan... lagu dia pun menarik
Selain tu lagu ABC versi bahasa Inggeris yang best juga di download... Sebenarnya, untuk peringkat permulaan kena cari video pengenalan sebutan dan bentuk huruf sahaja... tak perlu lagi ditekankan A untuk apa, B untuk apa... dan video ABC tu memang seronok dan berkesan untuk pembelajaran si kakak... Seminggu aku pasang video tu setiap pagi... dalam 3 kali sehari... dan akhirnya kakak dan boleh sebut ABC sampai Z,,, sekarang ni dalam proses pengenalan huruf pula... dan untuk kiraan 123 dan One Two Three, kakak boleh sebut sejak usia dia 2 tahun 8 bulan...
Belajar sambil main
Sebenarnya, tiada penekanan dan penegasan dalam pembelajaran kakak... si kakak belajar secara santai... sebab umur dia pun baru 3 tahun kan... jadi, aku tak gesakan dia untuk baca cepat... biar dia belajar ikut usianya... tiada paksaan... sebab nanti bila bersekolah dia akan belajar benda yang sama juga... biar dia tahu secara natural je...
Perancangan cuti sekolah ni pun... insha Allah nak homeschooling je untuk kakak... Antara aktiviti yang dirancang ialah aktiviti riadah sambil belajar, bermain plastesin, origami, mewarna, menggunting dan tampal... melukis... menyanyi, membuat kek dan kuih... dan bermain menggunakan video... Insha Allah, cuti sekolah ni pun tak panjang mana kali ni... sebulan lebih sikit je... dan akan diperuntukkan sebaiknya untuk homeschooling kakak... moga dipermudahkan dan juga diberi kesabaran mendidik dia... sebab anak-anak ni kadang datang mood dia... habis lah... kena pula bab merajuk... hmm.. lagi haru biru....
Kena pandai tackle kan kak??... Barula menjadi
BalasPadamsama cara akak dengan cara kakak saya :)
BalasPadamnice sharing
BalasPadamTERBAIK !!!!!!!!!! Akif pon selalu tgk video masa belajar......
BalasPadamin shaa Allah semoga dipermudahkan hendakNya.
BalasPadammenrik pwrkongsian ni, blh la nnti sya praktikkn
thanks berkongsi
lebih mudah dengan adanya video kan :)
BalasPadamowh ye setuju. Dulu masa anak pertama RAzim, saya pun download video macam saranan. But idea video ni leh guna untuk anak kedua pulak..
BalasPadamTHank you