GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 Ciri Isteri yang Dekat Dengan Syurga!


Memiliki isteri bak bidadari adalah dambaan semua golongan lelaki beriman.. Berikut ini adalah ciri-ciri isteri yang dekat dengan syurga :
  1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

  2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

  3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

  4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

  5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

  6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

  7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

  8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

  9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

  10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

  11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Muhasabah diri.. agak-agak ada tak ciri-ciri ni kat kita sebagai isteri... jika tiada, belum terlambat untuk berubah... jom jadikan kita layak untuk ke syurga sebagai bidadari untuk suami tercinta.

12Ulasan

  1. Impian setiap isteri pula utk menjadi isteri mithali kan Maria :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..semoga dipertemukan dengan jodoh yang sebegini ...Amin!!!!

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. nice sharing..inshaallah bila shida dah berumah tangga blh lah praktikkan :)

    BalasPadam
  4. jom perbaiki diri menjadi isteri yang dekat dengan syurga

    BalasPadam
  5. Alamak, tengah membelek-belek. Kalau ada separuh pun dah gembira :)

    BalasPadam
  6. Sedang berusaha ke arah itu.
    Dah terlalu jauh menyimpang rasanya :(

    BalasPadam
  7. In shaa Allah sedang berusaha utk memperbaiki diri agar jd lebih baik

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ