Dengan kulit yang merenggang kerana tarikan berat badannya sendiri, penerjun warga Russia itu melompat dari tebing dengan payung terjung dicangkuk di belakng badannya.
Stanislav Aksenov berkata, kerana minatnya terhadap terjun bebas dan melakukan aksi berkenaan pada ketinggian hampir 400 meter di lembah Lauterbrunnen di Bern, Switzerland.
Lebih menarik lagi, dia melakukan aksi itu tanpa menggunakan abah-abah yang sepatutnya dipakai dalam sukan payung terjun.
Selain daya yang tinggi dihasilkan ketika melompat dari tebing berkenaan, Aksenov yakin cangkuk itu tidak akan tercabut dari badannya ketika dia berlegar-legar di ruang udara lembah berkenaan.
Aksi itu dilakukan hasil gabungan minatnya terhadap terjunan bebas dan bertindik.
Video yang dirakamnya dan dimuatnaik ke Internet menunjukkan dia melakukan terjunan bebas selepas menarik beg payung terjun yang diletakkan di hujung tebing.
Tidak lama kemudian, video berkenaan menunjukkan kulit Aksenov merenggang kerana beban badannya ketika berlegar di udara.
Selepas daging badannya kelihatan seolah-olah terkoyak selama lebih dua minit, dia mendarat dengan selamat di padang berhampiran Switzerland adalah antara negara yang tidak mengharamkan terjun bebas, menjadikan negara yang mempunyai banyak gunung itu tarikan penggemar sukan ekstrem di seluruh dunia.
Menurut rekod, lebih 30 orang mati ketika melakukan aksi terjunan bebas di negara itu sejak 13 tahun lalu.
Sumber: HM
Memang dah takde keje la tu... banyak sukan lain boleh buat.. Haram sukan begini di sisi Islam kerana menyakiti diri sendiri..
perghhh..ini bukan ketegori sukan nie..ini dah masuk ketegori aniaya diri sendiri...isk..isk..isk..
BalasPadamRegards,
-Strider-
uish...takmo la...memang berani tahap maximum tu...
BalasPadamMasyaAllah...dah takde otak sgaknya duk sakitkan diri sendiri camtu
BalasPadamaduh ngerinya
BalasPadamSatu kerja gila ni.. klu nasib tak baik, mati katak je hmm...
BalasPadamadeh...tengok dia cucuk pun dah ngeri maria
BalasPadamtak sayang nyawa ni ...
BalasPadammmg ekstrem maria fuhh..
BalasPadamuikss tak sakit ke tu..lagi bahaya
BalasPadamKesian org takde keje..hehe
BalasPadamIshh..jangan haraplah saya nak buat sukan ekstrem macam tu.
BalasPadamIdok ler teman
BalasPadam