GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak rumahtangga bahagia, amalkan 7 sikap ni sejak dari mula kahwin!

7 sifat mulia dalam rumah tangga
Sumber: google images

7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur

Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. 

Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. 

Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. 

Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin

Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. 

Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama

Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

Kalau dalam rumahtangga ada berat sebelah itu yang boleh cetuskan pergaduhan dan tak puas hati. 

"Asyik aku je buat, dia dok goyang kaki." itu yang boleh jadi punca rumahtangga bergoyang.

6. Adil

Tidak kira suami ataupun isteri, mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.

Adil bukan tunggu ada banyak isteri... Adil ni, adil terhadap isteri dan anak. Adil antara ibu bapa dan isteri, adil antara kerjaya dan keluarga. 

Memang susah nak berlaku adil kerana adil ni sifat Allah, tapi kena usahakan walaupun tak mampu nak adil dalam semua perkara.

7. Prihatin

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. 

Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera.

Ambil tahu dan peduli hal dalam rumahtangga walau sesibuk mana sekalipun. 

Kewajipan suami

  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri

  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga

  • Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  • Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  • Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  • Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  • Saling sayang-menyayangi.
  • Boleh bertolak ansur.
  • Bertanggungjawab dan amanah.
  • Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  • Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  • Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  • Sentiasa senyum.
Sumber: Pa&Ma

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ