GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Menerima Tetamu yang Dibenci Suami!

Sumber: google images

Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya, pada hal suaminya benci, dan tidak dihalakan seorang isteri keluar rumah sedangkan suaminya tidak senang."
[HR. Hakim]

Dilarang menerima tetamu terutama semasa ketiadaan suami, jika ada saudara atau kengkawan datang, WAJIB bagitau sebelum persilakan masuk. Begitu juga, jika si isteri yang bekerjaya, WAJIB bagitau si suami jika kita hendak ke tempat lain selain tempat kerja. Ni realiti masa kini aku tengok. Kesalahan yang biasa isteri lakukan. Pergi ke tempat lain selain tempat kerja tanpa inform suami terlebih dahulu. Padahal, si isteri minta izin pergi kerja je. SALAH cara tu! WAJIB bagitau suami dulu, sebelum pergi, bukan dah pergi baru bagitau. Contoh: Waktu rehat, nak keluar pergi makan kat luar dengan kengkawan, makan SMS atau Telefon suami dahulu bagitau dan minta izin. Jangan dah pergi baru bagitau. Apa hukumnya bila begitu??? Sudah tentulah berdosa dan sah-sah HARAM!!!

Antara kewajipan lain seorang isteri terhadap suaminya:
  1. Sentiasa memelihara diri, kebersihan badan dan kecantikan wajah serta kebersihan rumah tangga. WAJIB bersih dan cantik di hadapan suami, bukan ketika berada di luar. Jangan di luar cantik molek, di depan suami selekeh.
  2. Tidak boleh berbuat sesuatu tanpa pengetahuan suaminya. Misalnya meminjam wang daripada orang lain baik untuk keperluan rumah tangga atau keperluan lain.
  3. Jika suami memanggil, hendaklah segera datang dan janganlah menunjukkan sikap bosan atau acuh tak acuh kepadanya.
  4. Jika suami pulang dari kerja hendaklah di sambut di depan rumah dengan senyuman dan ramah.
  5. Jika makan, hendaklah bersama-sama. Janganlah isteri makan mendahului suami kecuali suami pulang lambat dari kebiasaannya.
  6. Jika ada masalah dalaman rumah tangga, hendaklah selalu bermusyawarah (mesyuarat/berbincang) dengan suami. BUKAN mengadu kepada orang lain.!
  7. Jangan meminta sesuatu diluar kemampuan suami.
  8. Jika suami tertido sebelum menunaikan solat, hendaklah isteri membangunkannya dengan baik. atau jika suami terlupa menepati janjinya, maka isteri hendaklah mengingatkannya dengan baik.
  9. Pangkat, harta benda dan apa sahaja kebaikan suami janganlah diceritakan kepada orang lain. SEMBUNYIKAN KEBAHAGIAAN!!!
  10. Janganlah isteri membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain, baik dengan tetangga atau teman-temannya.
  11. Janganlah berlaku boros, akan tetapi janganlah bersikap bakhil. Hiduplah secara sederhana dan berbelanjalah ikut kemampuan.
  12. Seorang isteri jangan menyembunyikan makanan dari suaminya. Janganlah makanan yang sedap-sedap dimakan sendiri, sedangkan makan tidak sedap diberi kepada suami.
  13. Hendaklah selalu solat berjemaah bersama suami.
  14. Seorang isteri tidak boleh bersedekah yang hukumnya sunat kecuali mendapat izin dari suaminya. Akan tetapi jika zakat, isteri boleh mengeluarkannya dengan cara yang betul. Jika suami terlupa mengeluarkan zakat harta bendanya seorang isteri harus mengingatkannya. 
  15. Seorang isteri harus dapat menyesuaikan masakan dengan selera suaminya. dan harus tahu masakan apa yang disenangi suaminya.
  16. Selalu membantu suami dalam menegakkan kebenaran.
  17. Keluarga suami hendaklah dianggap seperti keluarga sendiri.
  18. Tidak boleh mengerjakan puasa sunat tanpa izin suami terlebih dahulu, sebab berkemungkinan suami menginginkan untuk tidur bersama di siang hari.
  19. Janganlah sekali-kali melanggar wasiat atau pesan suami selagi wasiat atau pesan itu bukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

Asma’ binti Kharijah Al Fazary berpesan kepada puterinya ketika menikah (sebelum melepaskan kepergiannya menuju suaminya): 

“Wahai puteriku sayang, tak lama lagi kau akan keluar meninggalkan ayunan tempat kau ditimang dulu, dan berpindah ke atas ranjang yang belum pernah kau lihat sebelumnya. Kau akan hidup bersama seorang kawan yang belum pernah kau kenal sebelumnya. Oleh kerana itu, jadilah bumi tempat ia berpijak, maka ia akan menjadi langit yang menaungimu. Jadikanlah dirimu tempat sandaran baginya, maka ia akan menjadi tiang yang meneguhkanmu. Jadilah pelayan baginya, ia akan menjadi abdi bagimu. Jangan kau merepotkannya sehingga ia merasa kesal. Dan jangan terlalu jauh darinya sehingga ia lupa akan dirimu. Jika ia mendekatimu, maka dekatilah. Jika ia berpaling, maka menjauhlah. Peliharalah pandangannya, pendengarannya dan penciumannya. Jangan sampai ia memandang sesuatu yang buruk darimu. Dan jangan sampai ia mendengar kata-kata kasar darimu. Dan jangan sampai ia mencium bau yang tak sedap darimu. Jadikanlah setiap apa yang ia lihat adalah wajahmu yang cantik berseri-seri. Jadikanlah setiap apa yang ia dengar adalah ucapanmu yang santun dan lembut. Jadikanlah setiap apa yang ia cium adalah aroma wangi tubuh dan pakaianmu.” 

“Ayahmu dulu berpesan kepada ibumu: Maafkanlah segala kesalahan dan kehilafanku, nescaya cinta kita akan terus bersemi. Ketika aku marah, janganlah kau memancing lagi amarahku. Kerana benci dan cinta takkan pernah bersatu. Saat benci datang, cinta pun kan berlalu.” 

Petikan dari buku: 111 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Solehah

13Ulasan

  1. berat tanggungjawab seorang isteri ni..kadang kala kita terambil remeh

    BalasPadam
  2. betul tu...masing2 ada tangggungjawab tersendiri

    BalasPadam
  3. bukan mudah terus buat keputusan kan..ape² pun kena mintak izin suami

    BalasPadam
  4. teringat cerita tv3 aku isterinya, kemain marah si mikail ada lelaki lain datang rumahnya..CN setuju dgn entry ni ;)

    BalasPadam
  5. perkongsian yang bagus kak maria :) walaupun fae belum kahwin tapi good info, anyway :)

    BalasPadam
  6. betul tu kak..seeloknya kalau nak terima tetamu pastikan suami tahu siapa orang tu...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Mmg sebaiknya suami perlu tau.. utk kebaikan & keselamatan juga...

    BalasPadam
  8. terima kasih mengingatkan sbgai peringatan bersama.. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ