Fenomena Sandwich Pengantin Baru

8
Sumber: google images

Soalan:
Saya baharu mendirikan rumah tangga. Apa yang sama faham, seorang isteri perlu patuh kepada perintah suami sebaik mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun ibu saya masih lagi memberikan arahan itu dan ini serta tidak mengizinkan saya pergi ke sesuatu destinasi atau melakukan apa-apa biar pun saya sudah mendapat keizinan daripada suami. Bagaimana sebenarnya kuasa seorang ibu terhadap anak perempuannya yang sudah berumah tangga?

Jawapan:
Benar, selepas bernikah ketaatan seorang wanita beralih dari ibu bapanya kepada suaminya. Allah berfirman berkenaan ketaatan kepada suami: Maka perempuan-perempuan (isteri-isteri) yang soleh itu ialah yang taat (kepada suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama. [al-Nisa' 4:34]

Dalam suasana yang dihadapi oleh anda, kemungkinan besar ibu belum dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan kesayangannya sudah memiliki suami dan berada di bawah penjagaan suami. Ibu masih merasakan anda berada di bawah tanggungjawabnya, maka atas sebab inilah ibu masih prihatin terhadap urusan anda.

Di sini anda perlu menjelaskan kepada ibu, secara penuh hikmah, bahawa anda kini berada di bawah tanggungjawab suami dan tidak dapat lagi menerima arahan daripadanya. Penjelasan ini perlu ditambah dengan hakikat bahawa anda masih menyayangi ibu dan akan cuba sedaya upaya untuk berbakti kepadanya.

Seperkara lain, apa yang dihadapi oleh anda sebenarnya lazim dihadapi oleh pasangan lain. Ia adalah fenomena "sandwich" di mana seorang anak keliru antara memberi prioriti kepada pasangan atau ibu bapa. Penyelesaian terbaik ialah cuba berada di pertengahan antara kedua-duanya, secara hikmah, komunikasi jelas dan doa kepada Allah.

Ketaatan seorang Isteri adalah kepada suaminya...
Manakala, tanggungjawab suami kepada ibu bapanya masih tak terlepas walaupun sudah beristeri.

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan