Recents in Beach

6 jenis makanan cerahkan kulit


Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?

Tomato
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari.  Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

Strawberi
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.  Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut.  Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

Salad
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A.  Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel.  Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Telur
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung.  Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Epal
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Pengambilan makanan semulajadi begini, lebih baik dari amik produk-produk pemutihan... walaupun kesannya lambat tapi tiada kesan buruk dikemudian hari kan... Jom amalkan makanan semulajadi untuk sihat dan cantik... 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^