News Breaking
Live
wb_sunny

Breaking News

Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur

Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur

Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur | Musim pandemik, satu masalah ialah susah nak tidur.. Itu yang MF dan keluarga hadapi. Anak-anak MF dulu bukan main senang tidur. Jam 9.00 malam masuk bilik, letak kepala kat bantal terus lena, sekarang... punya susah... 

Dia sembang, cakap, main lagi... dekat jam 10 malam baru tidur. 

Ntah kenapa kan... 

Mungkin berkurung je dalam rumah, tak keluar langsung kan... 

Buatkan anak-anak ni bosan. 

Tapi apa pun, MF akan pastikan anak-anak tidur awal terutama hari yang ada PdPR. 

Apa tips nak bagi anak mudah tidur? 

NI antara MF perhatikan dekat anak-anak MF la... dan mungkin boleh jadikan panduan untuk ibu bapa lain juga. 

Tips Nak Bagi Anak Mudah Tidur


1. Pastikan perut anak kenyang.

Cara nak bagi anak tidur awal, pastikan perutnya kenyang, jika lapar memang payah nak lena.. kita dewasa ni pun lau tido, kena kenyang perut dulu kan.. Anak ni kadang tak reti nak kata lapar, kena faham-faham sendiri lah kan... Terutama anak yang sedang membesar, mesti nak makan berat paling kurang dua kali sehari. 

2. Lampin kering

Kalau anak yang pakai lampin lagi, pastikan yang selesa dan tak penuh. Kalau penuh, memang susah dia nak lena. Tukar dulu, basuhkan kencing atau istinjak dulu, baru tidurkan dia. Insha Allah, dia tidur dalam keadaan bersih dan selesa... Mudah dia tidur. 

3. Pastikan badannya tidak berpeluh.

Pastikan suasana nyaman, pakaian yang selesa dan tidak berpeluh. Kalau anak yang aktif dan kuat peluh, tukarlah baju dia sebelum tidur. Macam anak MF, yang si kecik sekali tu, memang kena pastikan dia tidak berpeluh.. Kalau tak habis dia garu.. dah tak boleh tidur. 

4. Main bagi dia penat. 

Jika anak susah tidur, maybe badan dia tak penat sangat. Jadi, mainlah dengan dia bagi dia penat. Main kejar-kejar ke, aci sembunyi ke... bagi dia gelak dan cepat penat. Senang dia tidur nanti. 

5. Tentukan waktu tidur

Pastikan waktu anak tidur tu disetkan. Macam kalau nak dia tidur waktu malam awal, waktu siang atau petang jangan bagi dia tidur. 

6. Jangan bagi makanan yang manis sebelum tidur

Makanan manis buatkan anak susah tidur. Sebab badan perlu proses dan cerna gula untuk jadi lemak... Jadi, badan kena bekerja aktif. Itu buatkan anak susah tidur. 

7. Amalkan zikir

Ini amalan dari anak sulung sampai anak empat. Nak tidur, pasang zikir... Insha Allah, mudah lena... Kalau tak pasang zikir, kita sendiri zikirkan dia sampai tidur. 

Antara tips lain juga, elakkan anak-anak tengok tablet, phone sebelum tidur. DIorang akan susah tidur bila tengok gadjet. Jadi, bagi diorang ni main takpe lagi... 

So, itu antara yang MF boleh kongsikan lah... Tapi ada kalanya, buat macam-macam tak nak juga tidur awal... Makanya, MF biar je lah dia main sendiri sampai dia tidur... Haha... 

MF sendiri kalau susah tidur akan doa macam ni... 
" Ya Allah, lelapkan mata aku (kalau doakan untuk anak, tukarkan kepada lelapkan mata anakku)... Rehatkan lah tubuhku... Untuk aku mudah bangun esok pagi qiam kepada Mu...." 

Doa je macam tu... sebab MF yakin, kita ni Allah yang kawal juga... Jadi, mintalah dengan pencipta kita kan... 

Insha Allah.. semoga bermanfaat. 

Tags

Newsletter Signup

Signup untuk dapatkan informasi terbaru dari mariafirdz.com.

10 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. info yg menarik blh d praktiskn bila sy dah kawin n ade anak nti huhuuuuuu

    BalasPadam
  2. betul2... skrg nih si aiyan tuh kalu kul12 tak tdo lg mmg papa dia akan umpan ngn suh minum susu tak lama pastu msti lena... heheh bkn pe mama dia dhla awal2 dh membuta

    BalasPadam
  3. ololo comelnya tidow mesti dah kenyang dah tuee peluk bantal lenanya tidooo

    BalasPadam
  4. tips yg berguna...aha kena cari ank kucing la ni nak prktik...:)

    BalasPadam
  5. comelnya dia tidur..geram..nak picit2 je rasa..hehe

    BalasPadam
  6. mmg knpom tdo lah kan kalau penat . haha

    BalasPadam
  7. alahaii.. comelnyaaa dia tido.. geramnyaaa... bgus tips ni, esok ena dah ade baby sendiri, boleh amalkan.. hehe mekaceh

    BalasPadam
  8. betul dah setuju. kalau anak saya, Maisarah..memang kalau main tu dia memang main puas hati, berpeluh cam hujan..heee..basahkan bdn dia, tukar baju, wangi2, bagi susu, baca doa..then dia dh memang penat.selesa nak tidur then zzz..heee

    BalasPadam
  9. Rasanya mya pun boleh pakai tips ini untuk diri sendiri. Sejak kena house arrest ni, rutin tidur asyik lari je.

    BalasPadam
  10. Amin.. Tidur yang cukup dan pada waktu malam itu penting.. Moga dipermudahkan urusan untuk tidur.. Amin

    BalasPadam