GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Belut

Jarang rasanya mendengar orang memancing belut. Mungkin kerana ia jarang ditemui di sungai yang berarus, tetapi dicari di  kawasan seperti sawah padi dan di pinggir sungai atau kolam.   Belut atau Monopterus albus diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia  juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun antara tertinggi di dunia. Ha, kalau nak tahu apakah khasiat yang ada pada belut ini, jom baca..

Khasiat Belut
Sumber: Google images

Khasiat belut

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, calories belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.

Wow, siapa sangka spesis yang seakan-akan ular ini mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada kesihatan manusia ya. Lepas ni, boleh lah kita tukar selera. Daripada memancing ikan, apa kata hujung minggu ini kita mengumpan belut pula. Bagaimana, ada berani?
sumber: Karangkraf

Dulu aku tak reti makan belut, tapi sejak abang aku mula beli belut, mak buat masak sup..memang aku jatuh cinta dengan belut... sedapp kot sup belut, hirup panas2... tak pun belut goreng sambal.. mmg sedap... tapi aku reti makan aje, masak dan siang minta maaf ler.. hehe... ikan keli pun aku rela cari kat kedai, tak pun suruh mak atau mak mentua masakkan.. eee...gelii... hehe... tapi makan sedap aje kan.. hehe... bagi yg tak pernah makan, baik cuba... kot belah utara, ada juga laksa belut... sedap... rasa lemak-lemak manis... nyum3... :)

4Ulasan

  1. rasanya tekak tak boleh nak terima belut ni maria... tapi papa akak makan belut ni...

    BalasPadam
  2. Belum berapa mesra nk mkn belutlah walaupun pernah makan.. Thanks sharing ye :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ