Kalau de lagi buku ni di pasaran, kena beli ni... Sumber: google images |
Semalam ramai antara kaum ibu dan bapa tonton rancangan "Semanis Kurma" di TV9. Aku tengok part awal-awal je... Suka tengok kat tonton aje.. tapi macam belum masuk je lagi episod baru ni.. Cuma yang awal-awal dah ada point utama dalam topik ni...
Banyak persoalan dilontarkan...dan diisukan terutama bila Ustazah Siti Nor Bahiyah utarakan di Facebook beliau... memang topik ni hangat di bincangkan di kalangan ibu-ibu...
Sebelum tu, point utama dalam fiqh perubatan yang perlu pesakit dan perawat faham ialah:
Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.
Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:
- Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
- Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
- Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
- Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
- Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.
Ni prinsip utama yang perlu kita faham, dan wajib ikut... sejauhmana daruratnya kita???
Tertarik juga dengan persoalan dari Ustzah Siti Nor Bahiyah semalam. Dia mengatakan, tak semua orang mampu nak ke hospital swasta sekarang untuk dapatkan doktor perempuan. Ustazah atau ahli panel jemputan menjawab, sebenarnya kat hospital kerajaan sekarang boleh juga kita buat permintaan awal untuk dapatkan doktor perempuan.. Suami boleh minta, dan ada kuasa buat permohonan. Sebab setiap hospital ada etika piagam pelanggan iaitu "menjaga privasi pesakit". Jadi kita berhak meminta ea... Jika nurse marah-marah, kita boleh bertindak, sebab hak kita sebagai pesakit.
Contohnya, ada sahabat saya, suaminya telah buatkan surat permohonan untuk dapatkan doktor perempuan:
Sumber: Facebook |
Cara nak dapatkan doktor perempuan bagi golongan yang tak mampu... (sebenarnya aku geram dengan sesetengah golongan ibu-ibu kata, apa salahnya bergolok gadai demi maruah untuk pergi ke hospital swasta)
Bagi aku, tak semua orang mampu nak golok gadai barang yang ada.. jangan fikirkan senang kita, tanpa fikirkan susahkan orang lain... Tu mentaliti orang yang biasa dok senang aje tuh...
Antara tips-tips ustazah kongsikan semalam, yang aku dapat sikit la kan..
- Sepanjang kehamilan, berdoa moga dipermudahkan urusan bersalin.
- Niatkan moga kita dipermudahkan urusan, dapat doktor perempuan dan aurat kita terpelihara. Sebab walaupun sesama jantina, masih tetap ada auratnya.
- Peranan suami: buat permintaan untuk dapatkan doktor perempuan.
- Suami temani isteri di bilik bersalin, jika tiada masalah lain atau darurat lain.
- Jika bersalin di hospital kerajaan, buat survey sebelum bersalin, tanya pengalaman rakan-rakan yang pernah bersalin sebelum ni, layanan dan doktor di situ macam mana... cara diorg bekerja adakah profesional atau sebaliknya.
Itu antara langkah kita lah sebagai pesakit, bukan dalam soal bersalin je sebenarnya, dalam apa-apa jua situasi dalam hal perubatan wajib pegang prinsip yang tersenarai di atas tu...
Justeru, bagi kita yang ada kesedaran ni, jom kita didik anak-anak bangsa kita, supaya jadi doktor sakit puan muslimah.insha Allah.. supaya hal ini tidak berlarutan di Malaysia... Bagi aku di Malaysia masih beruntung, jika kita lihat di negara-negara yang lain, yang orang Islam nya golongan minoriti, pasti hal macam ni dipandang sepi je kan..
Apa-apa pun, bagi yang berkemampuan, memang mampu mendabik dada, tak perlu nak pening kepala nak bersalin di mana, bawa aje satu beg wang ringgit atau, sekeping kad berharga (kad kredit), dan boleh pilih hospital mana yang dia suka... tapi bagi golongan sederhana dan susah, bila isu ni diutarakan, hhu.. pasti yang runsing dan bersedih hati kan.. hanya doa sahaja senjata utama kan... tak pelah.. aku faham je.. sebab aku pun bkn org senang pun.. jadi kita sama-sama doa aje lah..
Aku pun dah buat survey, hospital-hospital kerajaan yang servisnya ok.. Alhamdulillah.. rata-rata kengkawan aku bersalin di hospital kerajaan, memang dapat bersalin dengan doktor perempuan... aku dulu pun bersalin di hospital kerajaan, Alhamdulillah aurat terjaga, masa bersalin masih bertudung, walaupun dengan doktor dan jururawat perempuan... Alhamdulillah...
Yang penting doa dan mohon perlindungan dari Allah... Allah faham hati dan niat kita.. insha Allah dipermudahkan... sebab susah ke senang bersalin serta urusan kelahiran juga adalah rezeki dari Allah...
Rujukan: fiqhmedic
info yag menarik ni, tq share !
BalasPadamSama2... Isu yg x pnh berkesudhn sbnrnya ni..
PadamAlhamdulillah setakat nih dua dua ank sy disambut dr n jururawat perempuan
BalasPadamAlhamdulillah...
Padamfae pun harap dapat doc pompuan kalo nak give birth nanti *plan awal walaupun blm lg kahwin* hehe.
BalasPadamAlhamdulillah... Niat yg baik fae...
Padamthanks sebab sharing info berguna nie..nanti kalau sy dah ade isteri boleh laa saya mindak doktor wanita untuk attend isteri saya ketika bersalin...
BalasPadamRegards,
-Strider-
Insha Allah.. Jika mmpu g je private..x yah nk pikir dh...
Padamsaya setuju. ada golongan yan tak mampu kan. perkongsian yg menarik.
BalasPadamBetul.. Sbb tu sy perthnkn.. Tak semua org mmp...
Padamha ah semanis kurma ada membincangkan topik ni kan maria...memang patut dan perlu diambil berat ni...
BalasPadamYup... Wajib amik berat...
PadamYg lepas biarkn berlalu... Bkn khndak kita kn.. Yg akn dtg pikirkn dan doakn mga lebih baik.. Insha Allah..
BalasPadam