GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sebenarnya Aiskrim Banyak Khasiat


Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasainya kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. Kalau boleh setiap hari pagi dan petang mereka hendak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.

Alasan kita, tak elok makan aiskrim banyak sebab nanti batuk. Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak? Hakikatnya aiskrim bukanlah punca seseorang itu batuk kerana ketika makan aiskrim, ia akan sepantasnya mencair.

Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.

Khasiat aiskrim

Khasiat Aiskrim


Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses penyembuhan sakit si kecil.  

Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.

Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Fakta aiskrim

*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.

*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.

Sumber: Majalah PaMa

Sebelum ni memang tak tahu, tapi betul juga fakta ni sebabnya, kalau batuk atau sakit tekak, cepat2 aku cari aiskrim yang betul2 berkrim... memang cepat baik batuk dan sakit tekaknya... aku bagi je Faiqah makan aiskrim cuma tak kerap... sesekali aje... 

13Ulasan

  1. TAK TAHU JGK FAKTA NI.. TP SUKA MKN AISKRIM HIHIHIHI

    BalasPadam
  2. Eskrem mmg baik specialy bulan puasa tuk anak2 lama sikit tahan puasa tu hehehe & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    BalasPadam
  3. askem vanila mg sedap dan berkesan utk skit tekak hihi

    BalasPadam
  4. fakta yg menarik nih... mintak izin cpoy ke blog saya boleh ye? n_n

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ajr.., tapi amik aje dr sumber asal yg sy backlink kn sumber tu.. :-)

      Padam
  5. thanks..pas nie kena makan ice cram manyak2...simpan wat stok dalam peti hehhehehheh

    BalasPadam
  6. kami sekeluarga mmg suka juga mkn ice cream.. cuma bila anak2 mkn terlebih, mulalah malam meragam.. klu nasib x baik, hidung mula beringus & badan mula panas hehee.. thanks sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lpas mkn aiskrim kna support air yg byk... spy tak kering tkk..

      Padam
  7. Terima kasih
    Info sangat bermanfaat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ