Sumber: google images |
Hukum mandi wiladah pernah jadi isu yang hangat dalam perbincangan group di Facebook... ada yang kata wajib mandi, ada yang kata tak wajib mandi... jadi di sini, nak huraikan, nak rungkaikan permasalahan ibu-ibu tentang hukum mandi wiladah.. adakah wajib mandi wiladah atau sebaliknya... sebab kalau hukum mandi sebab nifas semua orang tahu kan...
Wiladah maksudnya darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan anak... manakala nifas pula darah yang keluar selepas melahirkan anak... perlu faham jenis darah dulu, baru boleh jenis mandi yang hendak dilakukan...
Hukum Mandi Wiladah
Persoalan yang diutarakan...
Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?
Jawapan;
- Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).
- Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.
- Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
- Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.
Kesimpulannya:
Berdasarkan penerangan dan rujukan kitab-kitab fiqh tersebut menegaskan hukum mandi wiladah wajib sekiranya selepas melahirkan anak, tiada darah nifas mengikutinya, namun jika ada darah nifas yang mengikutinya maka tertakluk kepada hukum darah nifas, iaitu selepas nifas baru mandi wajib... Jadi jangan pertikaikan dan janganlah jatuhkan hukum berdosa jika seseorang tu tak mandi wiladah sebabnya kita berpegang pada 4 mazhab dalam masalah fiqh, tiada istilah salah atau berdosa jika seseorang itu ikut hukum dari mazhab yang lain... kerana perbezaan pendapat dan khilaf antara ulama fiqh ada satu rahmat bagi sekalian alam... wallahu a'alam...
tq for sharing.. tula risau jugakan tetiba org kata berdosa kalau x mandi wiladah ni.. skrg dh jelas so moga semuanya ok.
BalasPadamtakde istilah dosa... bab fiqh nih byk pndptnya, ,,
Padamlengkap penerangan ini.. berguna kepada aiza pada satu masa nanti..
BalasPadaminsha Allah... mga bermnfaat...
Padamkenit pun konpius juga pasal mandi wiladah ni. terima kasih sis atas perkongsian baik ini (^_^)
BalasPadamtq berkongsi info yer
BalasPadamOk, semoga perkongsian ni dapat merungkai permasalahn yg timbul :D
BalasPadamInfo yang sangat lengkap, moga ramai yang mendapat manfaatnya.
BalasPadam