GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Kacang Bendi yang kita tak tahu...

Khasiat Kacang Bendi yang kita tak tahu...

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. 

Sumber: Majalah PaMa

Dah lama tak makan kacang bendi... sebab bulu kat kacang tu buatkan kerongkongku sangat sensitif.. lagipun org yg de resdung, kadang2 alergik dengan bendi.. Tapi kalau bendi buat masak kari campur dengan ikan.. sedap... tak pun asam pedas kan.. Dulu aku makan, tapi sejak kerongkong sensitif dan mudah batuk, aku jadi fobia nak makan... Apa-apa pun bendi memang berkhasiat... dan kalau tanam mudah nak tumbuh dan susah nak kena penyakit ulat pokok... Tapi dengan petua di atas, ingat nak try makan bendi semula lah.. 

autopublish entry

12Ulasan

  1. ohh..bagus info ni..
    nasib baik sy suka makan kacang bendi ni..buat ulam & makan dgn sambal belacan..;)

    BalasPadam
  2. As-salam.betul tu saya pernah baca juga ttg ni.

    Srronok juga pergi,xlist terhibur sikit..hihi

    Ooo.. suami maria tntera ye.skrg dduk mana?

    BalasPadam
  3. mmg suka makan kacang bendi.. pasal bersalin u sy dgr jugak.. org kata.. kalau dah nak bersalin elok makan bendi ni.....senang baby keluar...

    BalasPadam
  4. masa pergi gynae mula2 dulu, gynae advise untuk makan bendi, katanya bagus... thanks for sharing maria...

    BalasPadam
  5. wahh..banyak jugak khasiat bendi yer..ila memang sayur feveret bendi ni =)

    BalasPadam
  6. Saya setakat makan buah bendi je. Takde guna sampai akar/batang tu. Sedap masak dlm asam pedas / kari. Terima kasih sudi berkongsi maklumat berguna ni.

    BalasPadam
  7. tak sangka ye byk btul khasiat kacang bendi ni..thanks for d info

    blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. terima kasih sudi share...ingatkan kacang bendi hanya sedap diletak dalam asam pedas dan kari sahaja

    BalasPadam
  9. amy suka bendi goreng.. =) kalau letak bendi dalam kuah singgang lagi best..hehe

    BalasPadam
  10. betul tu sebab dia ade lendir yang boleh melicinkan perjalanan..tapi aida tak suka Bendi..huhuhu

    BalasPadam
  11. Kita suka makan Bendi ni macam tu aje. Untuk ulam.. ..crunchy..kalau dah masak macam tak best dah..

    BalasPadam
  12. Rebus tanpa potong2 mkn 5bj sehari masuk hari ke4 kurang derita gout saya tiada jln hencut dan dh boleh lari anak sakit lutut langsung tiada yg paling baik dpt dduk tahiyyat dgn betul dan lama Syukur Alhamdulillah !!!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ