GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Avocado Bantu Perkembangan Bayi

Avocado Bantu Perkembangan Bayi
Sumber: Google Images

Mungkin buah berwarna hijau berbentuk lonjong ini kurang popular dibandingkan dengan barisan buah-buahan lain yang sering menjadi kudapan ramai.

Tetapi sebenarnya buah avocado yang juga dikenali sebagai alpukat di Indonesia, tekenal sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, E dan K. Ia juga rendah kandungan gula serta tiada kandungan garam yang memang sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Dari sudut perubatan, buah avocado mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.

Berita baik untuk mereka yang hendak berdiet, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.

Bagi yang menjaga kecantikan, jangan jauhkan diri anda daripada buah ini kerana ia kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan. Kepada ibu-ibu yang inginkan kelainan menu anak, avocado sesuai sebagai makanan bayi kerana kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangan bayi.

Buah avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.

Sumber: Majalah PaMa

Nota Ungu: Tak pernha lagi rasa buah ni.. apa rasa ek??? 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ