GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Untungnya Amal Surah al-Kahfi?

Salam Jumaat... Alhamdulillah jumpa lagi hari Jumaat.. 

Alhamdulillah masih diberi nafas dan nikmat Islam dan Iman hari ni... Biasa sebut hari Jumaat, pasti ramai yang nak buat amal kebajikan... sedekah dan mengamalkan surah-surah tertentu.. 

dan antara surah yang digalakkan membacanya pada hari Jumaat ialah SURAH AL-KAHFI... 

banyak potongan hadis-hadis sahih menceritakan tentang kelebihan membaca dan mengamalkan ayat-ayat dari surah al-Kahfi... antaranya:

Kelebihan Amalan Surah al-Kahfi

Apa Untungnya Amal Surah al-Kahfi?

1. Terhindar dari fitnah dajjal

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Kerana itu, pihak KPM Bahagian Pendidikan Islam, menukar silibus baru dalam buku teks pelajar tingkatan 3, dengan mewajibkan pelajar mengamal dan menghafaz ayat 1 hingga 10 surah al-Kahfi. Kerana ini sebagai persediaan kita semakin menghampiri akhir zaman. 

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]



2. Cahaya

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari, dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya untuknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4707--kelebihan-membaca-surah-kahfi.html



Amalan lain untuk elak dari fitnah dajjal

Kelebihan Amalan Surah al-Kahfi

BUkan dengan amal surah al-Kahfi sahaja... Tapi amalan lain tetap perlu dilaksanakan terutamanya mantapkan amalan yang fardhu dan wajib.. dan perbanyakkan yang sunat. 

Ni, dah tahun 2020 lagilah seram rasa... dah hampir sangat dengan kiamat...sebab dah macam-macam benda pelik, gerhana dan bencana alam semakin banyak di sana sini.. Jadi, kena bersedia.. tak kita yang hadap... mungkin anak cucu kita... maka jom sama-sama kita amal dari sekarang... mulakan dengan 10 ayat terawal dan terakhir untuk kita hafal... insha Allah.. 



Nota Ungu: Banyakkan kelebihan membaca al-Quran... satu huruf diberi ganjaran pahala.. moga kita menjadikan al-Quran sebagai teman wajib kita kemana sahaja... ameenn... 

4Ulasan

  1. mmg bagus kalau diamalkan ni !

    BalasPadam
  2. terima kasih atas info ni kak... semoga kita sama-sama menjadi manusia yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam. Terima kasih kongsi ilmu 😊

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ