GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bacaan hCG tentukan Kehamilan

Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil. Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan.
Google images

Tahap hormone hCG akan terus meningkat sehingga minggu ke 10-12 di mana hormone ini tidak dikeluarkan lagi dan semakin tahap hormone ini semakin merosot.

Ia adalah salah satu cara untuk mengetahui sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, apabila keputusan ujian UPT mengelirukan dan pemeriksaan ultrasound tidak dapat mengesahkan kehamilan kerana usia kehamilan kurang dari 4 minggu.

Bacaan ni hCG diamik melalui darah... untuk bacaan hormon ni.. Menurut Dr. Zubaidi, bacaan ni berubah mengikut usia janin... 

Secara amnya kebanyakan kehamilan yang normal tahap hormone hCG berada di bawah 1,200 mIU/ml dan akan meningkat dua kali gandan setiap 48-72 jam atau meningkat sebanyak sekurang-kurangnya 60% setiap dua hari.

Jika tahap hormone hCG meningkat dengan mendadak, bermakna kehamilan itu sihat, makakala jika tahap hCG tidak meningkat dengan mendadak, berkemungkinan besar kehamilan itu akan mengalami keguguran.

Ni panduan bacaan hCG ikut usia kandungan..
Screen Capture blog Dr.Zubaidi
Klik untuk Tumbesaran.. 

Boleh baca artikel penuh di SINI

Bacaan hCG adalah salah satu cara utk pastikan kehamilan selain ujian urin dan juga siptom2 lain.. Untuk pastikan kandungan sihat dan dalam kedudukan yg betul, perlu juga scan atau buat ujian ultrasound... 

Barulah tahu, knpa lah selalu sgt amik darah kan.. awal2 lagi dah kena amik darah.. rupanya bersebab, selain boleh kesan kecing manis dan Hb (kepekatan darah), ia juga boleh detect hormon dalam darah iaitu hCG... 

Memang redha lah kan.. darah disedut setiap bulan bila mengndung... hehe.. mujur urat aku mudah nampak.. senang amik darah.. tapi byk tau 10ml.. pastu nak kna mkn macam2 nk cover balik.. huhu.. Apa2 pun kita buat utk kesihatan baby kan... 

Moga bermanfaat... :)

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ