Aku pun tak pernah terfikir pasal ni.. Tapi minggu2 yang lepas aku de tengok ejen Halal kat Tv al-Hijrah... Pasal water filter halal??? Hmm.. ada yang tak halal ke???
Lepas tengok dan dengar.. memang ada water filter yg tak halal.. iaitu silinder penapis air di perbuat dari seramik yg kemungkinan dari Tulang Babi.. Ishh.. terkedu plak bila dengar.. seriau betul...
Kita memang beli je kan.. sebab fungsi dia baik utk tapis air yg dialirkan ke rumah kita... dapat tapis lumpur, karat, benda2 kecik macam microorganisma dan bahan2 yg tercemar... Tapi kena tahu, alat penapis air tu diperbuat dari seramik...
Tapi ada cara untuk uji sama ada penapis air tu diperbuat dari Tulang atau batu seramik:
Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat katrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari. kalau tengok ada serbuk putih pada jari tu, maknanya diperbuat dari Batu. Tapi jika rasa agak licin & susah untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. sebab tu banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.
Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan & Jepun. Malah produk bahan penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.
Ni antara penapis air dan water filter yg mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM...
Sumber: www.halal.gov.my dan pakar air
huhu.. kena check la kejap lagi..kalau beli barang made in china atau seangkatannya mmg kena hati2..huhu
BalasPadamkami ada penapis air kt paip luar, camner tu
BalasPadamya Allah dekat penapis air pun ada...kena prihatin nie...tq share
BalasPadamAlhamdulillah penapis air COWAY PETIT saya ada sijil halal... dan ada cop halal di mesin dia...
BalasPadamOh no..thanks myfirdz for sharing...hmmm tak sangka pulak ada kes macam ni..got to check mine..
BalasPadamAnda mencari penapis air?
BalasPadamPening tak tau nak cari kat mana penapis air yg..
✅ Harga terendah dipasaran
✅ ada servis after sale
✅produk berkualiti dan
diyakini
✅kos tukar ganti filter
baru yg rendah
🚫 usah bazirkan duit
anda utk memilih
brand yg harga
smpai 6k-7k utk byr
sewabeli 5 tahun.
📢 kini kami ada promosi
pelbagai jenis water
filter dengan harga
serendah RM 350.
anda tak perlu bayar
bulanan.jimat💵💵
✳ utk detail sila layari
facebook page
dibawah.t.kasih
https://m.facebook.com/Penapisairhargakilang/
bahaya kalau pakai penapis air dari tulang babi
BalasPadam