GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Harian dahulu kala

Orang dulu2 mmg kaya dgn petua.. ada yg masuk dek akal, ada yang tak da kena mengena.. tapi ni aku nk share beberapa petua yg org tua2 selalu cakapkan.. 


  1. Anak dara dilarang menyanyi di dapur, takut dapat laki/suami tua.. Sebenarnya, menyanyi di dapur akan mengundang kelalaian semasa memasak. Takut, gulai termasin, nasi hangit atau air termanis.
  2. Semasa mencedok nasi ke dalam periuk, dinasihatkan meninggalkan sedikit baki beras dalam bekas yg dicedok. Petua ini diamalkan untuk elakkan rezeki tak putus.. 
  3. Semasa mencedok nasi, jangan tinggalkan senduk nasi di dalam periuk, takut adik beradik bekelahi atau berpecah belah. Sebenarnya, untuk elakkan nasi mudah basi, sebab senduk tu ada bekas kita, pegang, tangan kita mengeluarkan enzim, dan enzim tu menyebabkan nasi mudah basi.
  4. Ketika makan, jika nak tambah nasi lagi, tinggalkan sedikit baki nasi yg dimakan tadi sebelum tambah yang lain. Petua ni diamalkan untuk elakkan rezeki putus. Sebenarnya, org tua dulu2, mengajar anak2 supaya makan dengan adab dan sopan serta tak gelojoh.
  5. Ketika sedang makan, jangan bercakap atau tertawa. nanti syaitan ikut masuk dalam badan bersama2 makanan yg sedang dimakan tu. Sebenarnya, petua ni utk latih diri supaya makan dgn tertib dan sopan. 
  6. Anak dara jangan duduk celah pintu/atas tangga. Nanti tak da org masuk meminang. Sbenarnya, tak elok di pndang mata, dan supaya tak menghalang org lalu lalang (keluar masuk).
  7. Jangan makan/minum semasa susukan anak. nanti anak kena cacing. Sbenarnya, takut2 nanti makanan tu terkena anak, (pedas dan sebagainya)
Sebenrnya banyak sangat petua2 org tua. tapi aku dah tak ingat sangat.. Aku dulu ikut je...sebab ada juga betulnya.. 

p/s: petua2 ni aku dapat dari buku Puisi hasil nukilan Shaari A.B.

3Ulasan

  1. petua ke 7 tu xpenah dengar plk...hehe...mcm2 yek...tapi kalau berfb or bersms masa susukn anak xpaper ke...heheh..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ