Bahaya Minyak dan Lemak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masakan di Malaysia tak boleh lari dari minyak... Walaupun minyak masak naik harga mendadak, tetap tak mengubah cara pemakanan orang kita. Sebab dah sebati.

MF sendiri pun pernah guna air fryer masak ayam dan ikan.. tapi tak boleh nak telan. haha...

Akhirnya kembali juga kepada minyak masak... cuma sentiasa guna minyak baru dan toskan minyak sehingga kering ... dan masak atau kalau nak goreng, guna minyak yang betul-betul panas supaya minyak tu tak serap masuk dalam makanan...

Boleh je makan makanan berminyak dan berlemak asalkan kawal pengambilannya.


Minyak dan lemak telah lama menjadi salah satu bahan utama yang berkaitan dalam proses memasak bahan makanan.

Makanan yang digoreng memiliki aroma, rasa, serta tekstur yang lebih dibandingkan dengan cara memasak atau pengolahan yang lain seperti makanan kukus atau rebus.

Namun begitu, minyak atau lemak yang digunakan kerap dianggap memiliki sejumlah kesan negatif tehadap kesihatan jika diambil secara berlebihan seperti masalah obesiti, hipertensi, diabetis dan penyakit jantung.

Kredit : Telegram Channel

Post a Comment

1 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^