GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Malaikat Kepada Mereka Yang Rajin Bersedekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Sedekah bila disebut orang bayangkan bagi duit, atau harta yang bernilai kepada seseorang yang miskin atau tak mampu... 

Tapi maksud sedekah itu luas.. 

Setiap sendi kat tubuh kita boleh jadi sedekah. 

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” (HR Muslim 1181)


 فِي الْإِنْسَانِ سِتُّونَ وَثَلَاثُ مِائَةِ مَفْصِلٍ فَعَلَيْهِ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْ كُلِّ مَفْصِلٍ مِنْهَا صَدَقَةً قَالُوا فَمَنْ الَّذِي يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ النُّخَاعَةُ فِي الْمَسْجِدِ تَدْفِنُهَا أَوْ الشَّيْءُ تُنَحِّيهِ عَنْ الطَّرِيقِ فَإِنْ لَمْ تَقْدِرْ فَرَكْعَتَا الضُّحَى تُجْزِئُ عَنْكَ

“Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk setiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya: ”Siapalah yang mampu melaksanakan seperti itu, ya Rasulullah?” Beliau bersabda: ”Dahak yang ada di masjid lalu dipendam ke tanah, dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu bererti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” (HR Ahmad 21920)

Sedekah dan dhuha saling berkait... 

Dhuha tanda kita syukur bukan point untuk kita minta rezeki lebih... 

Bila kita makin syukur Allah akan gandakan lagi rezeki dan rezeki yang berganda kita boleh sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. 

Tak mampu sedekah harta... 
Sedekah lah kebaikan... 

6Ulasan

  1. sedekah dgn senyuman pun boleh..
    apa kabar tuan rumah..lamanya akak tak datang sini..harap ingat lagi..

    BalasPadam
  2. Allahu. terima kasih atas perkongsian ni. terdidik hati untuk lebih bersedekah.

    BalasPadam
  3. Ya Allah ..alangkah baik catatan ini. Di baca dapat memahami apa kah bentuk sedekah yang mampu kita lalkukan. Mari perbanyakkan sedekah dan amal yang baik..

    BalasPadam
  4. 'kebangkrutan' tu apa ye?

    moga kita suka bersedekah walau dalam keadaan yang 'kurang' duit di dalam simpanan aamiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bankrup atau muflis... tu bahasa indonesia.

      sedekah byk cara, tak semestinya duit sahaja... mungkin sedekah ilmu... :)

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ