19 April 2018

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je | Boleh datang idea nak buat begedil ni lepas ada orang tayang kat Facebook la...

Memandangkan kentang selalu aje sampai nak jadi pokok, apa kata buat begedil.

Begedil ni makan dengan sup memang terangkat.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Resepi Begedil Kentang


  • 5 biji kentang (direbus)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Ayam/daging
  • Garam dan gula sebagai perasa
  • (Add On) Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
  • Telur (untuk salutan sebelum goreng)


Cara memasak

Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je



  1. Campur dan gaulkan semua bahan biar sebati.
  2. Kemudian, bentukkan ikut suka...
  3. Sebelum goreng, celup dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  4. Agak kekuningan, boleh angkat  dan toskan.


Resepi Begedil Kentang Mudah, Guna 5 Bahan Je

Kalau nak buat frozen, boleh separuh masak... Tapi MF goreng je sampai masak. Bila nak masak yang frozen, cuma defrost dan masak guna air fryer. Kalau takde air fryer boleh guna pemanggang ajaib atau kuali yang tak melekat.

Pertama kali buat sebenarnya tapi not bad. Suami siap beli kentang suruh buat lagi. Kali pertama buat letak ayam, kali kedua buat letak daging pula. Memang sedap, lembut dan tak puas makan sebab penambah selera bila makan dengan nasi. Tambah lengkap lagi kalau ada sup dan sambal kicap... Fuhh... Pasti berselera...

Selamat mencuba. 

4 ulasan:

  1. Salah 1 kegemaran PC juga ni....

    BalasPadam
  2. Pernah sekali je buat begedil. itu pun tolong mak cik. Hihi.

    Nway, Maria, jemput join giveaway dan segmen di blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam
  3. wuhuuuuuu.. sedapnye sis !!! ada rumah kosong tak sebelah sebelah rumah sis ? rasa nak pindah jadi jiran jek.. hee~

    BalasPadam
  4. tak tau lak senang je nak buat..uih suka nau ngan begedil ni..boleh buat ni

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^