Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

18 Januari 2018

Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap | Ntah dari mana datang keinginan nak buat kek ni.. Kek cheese pula tu... Cuma berkira-kira tapi suami yang punya angkara... Sokongan padu dia bagi untuk bini dia buat kek. Itulah MF ni kalau bab memasak suami sokong je memang jadi sebab dia tukang beli bahan.

Jadi, semalam plan nak buat kek, bagitau bahan terus dia pergi beli bahan. Cuma beli cream cheese dan juga susu sejat.. Bahan lain semua sedia ada.

Ini percubaan pertama MF buat kek Cheese Leleh ni... Try and error sebenarnya... Tambah excited tu sebab nak test periuk kukus yang baru dibeli hasil duit bonus lepas.. Hehe..

Resepi seperti biasa hanya cari di Google atau Facebook je.. Alhamdulillah.. Jumpa juga resepi yang simple, gebu dan senang nak buat.. Serta tak banyak guna bahan.

Jadi, MF kongsikan resepi di sini... Mana tau ada juga yang nak cuba...

Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap

Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:


  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar butter atau 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 5 sudu besar susu sejat atau susu cair full cream


Bahan untuk topping


  • 1/4 whipping cream atau susu cair
  • 1 tiub tartura cream cheese 250g
  • 1 cawan susu pekat 
  • Keju cheedar yang diparut 


Cara membuatnya kek


  1. Pukul telur, gula, esen vanila, ovallate hingga kembang dan gebu. 
  2. Sementara tunggu bahan tu kembang, cairkan butter. 
  3. Ayak kan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. 
  4. Masukkan tepung yang siap diayak sedikit demi sedikit dalam adunan dan adun hingga sebati dengan kelajuan yang perlahan. 
  5. Masukkan susu cair atau susu sejat. Pukul 2 minit kemudian hentikan mixer. 
  6. Masukkan butter yang dicairkan atau minyak tadi dan gaul balik je dengan tangan hingga sebati. 
  7. Kemudian, bolehlah masukkan dalam loyang. MF guna bekas kecil untuk sekali makan. Jika buat dalam loyang besar alas dengan baking paper dulu dan tutup permukaan loyang dengan tuala atau plastik. 
  8. Kukus selama 30 minit... Jangan lebih nanti kek akan mendap kat tengah. 

Kek Cheese Leleh Paling Mudah dan Sedap

Cara buat topping 


  1. Pukul kan bahan buat topping hingga sebati dan cream cheese tak berketul. 
  2. Tuangkan Topping atas kek yang telah sejuk... 
  3. Kemudian hias dengan parut kan keju cheedar. 


Nak sedap masukkan dalam peti sejuk. Untuk bancuhan dengan sukatan ini boleh dapat 10 bekas yang macam dalam gambar tu... Tapi MF buat semalam dapat 8 bekas sebab ada yang tebal sikit... Melimpah sampai ke atas.


Memang sedap, gebu dan tak manis sangat... Puas hati dan rasa nak buat lagi pula... Sebab resepi yang mudah dan senang nak buat. 

2 ulasan:

  1. baru baca tajuk entry dah terliur ni huhu

    BalasPadam
  2. lama tak buat cheese leleh ni...kalau teringin selalu akak beli je sebekas kat pasar malam...husband tak berapa minat cheese ni..tapi bini dia hantu cheese

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^