Breeze for Indoor Drying Membantu Keringkan Pakaian Dengan Cepat Ketika Musim Hujan - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

14 Januari 2018

Breeze for Indoor Drying Membantu Keringkan Pakaian Dengan Cepat Ketika Musim Hujan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Breeze for Indoor Drying Membantu Keringkan Pakaian Dengan Cepat Ketika Musim Hujan | Hari ni masuk hari keenam hujan tanpa henti di tempat MF. Memang sejuk... Suhu cecah 21 darjah Celsius..

Bila musim hujan yang menjadi masalah ialah bab nak basuh baju. Terpaksa la basuh baju dan sidai dalam rumah kan... Ada yang rajin akan pergi dobi untuk keringkan tapi memang kena amik nombor la musim hujan macam ni. Yang tak pernah pergi dobi pun akan ke dobi untuk basuh dan keringkan baju.

Tapi setakat ini, MF tak pernah lagi guna perkhidmatan dobi untuk basuh baju. Walaupun hujan basuh sendiri je.

Disebabkan hujan dan kena sidai dalam rumah, kami pilih guna sabun pencuci yang khas untuk sidai pakaian dalam rumah.


Pencuci Baju Breeze dengan botol kuning ini mempunyai teknologi untuk mengeringkan pakaian dengan lebih cepat jika sidai dalam rumah.

MF memang dah bertahun guna pencuci breeze ni... Semua warna dah cuba... Dan memang ada perbandingan antara pencuci Breeze biasa dengan yang warna kuning ni.

Guna pencuci breeze yang warna kuning ni, pakaian lebih cepat kering walaupun sidai dalam rumah dan tak bau hapak berbanding guna pencuci biasa. Kalau pencuci biasa tu, sidai dalam akan lambat kering dan bau hapak la nanti.

Jadi, betullah pencuci breeze dengan botol kuning ni ada teknologi cepat kering dan memang khas untuk cucian keringkan pakaian di dalam rumah. Memang membantu betul terutama di musim hujan macam ni. So, tak perlu beratur di dobi untuk keringkan pakaian...

Sekian, 

2 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^