GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Telemovie Bawa Aku Ke Syurga Paparkan Kesan Suami Mewahkan Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Telemovie Bawa Aku Ke Syurga Paparkan Kesan Suami Mewahkan Isteri | Minggu lepas sempat layan drama TV, lama juga dah tak layan TV, tapi sempat layan minggu lepas dengan en.somi... Kebetulan anak-anak tidur awal malam tu... Baca info di Astro Njoi tu, macam best juga... Jadi terus aje layan tv sambil ditemani suami... Lama tau kami tak layan drama tv sebab kekangan anak la... Takde feel sangat bila anak tak tidur... Ni bila anak tidur ada la feel sikit.

Drama minggu lepas bertajuk Bawa Aku Ke Syurga... Memula macam tak best sangat sebab pelakon tak best... Tapi bila dah start konflik tu mula melayan... rasa ada pengajaran juga dalam drama ni... Drama lakonan Tiz Zakiah dan Hafidz Roshdi sebagai watak utama. Walaupun memula tu rasa konfius sebab anak dia yang berlakon dalam drama bersiri Amsyar tu dah besar... sebab watak suami isteri tu nampak muda, tapi anak dah besar kan... Tapi abaikan je bab tu sebab jalan cerita yang boleh diambil pengajaran.

Telemovie Bawa Aku Ke Syurga Paparkan Kesan Suami Mewahkan Isteri

Sinopsis Telemovie Bawa Aku Ke Syurga


Mengisahkan tentang konflik yang berlaku dalam keluarga Nizam, isterinya Yana dan anak lelaki mereka Syafiq. Nizam sangat menyayangi isterinya dan anak lelakinya itu, Nizam juga terlalu memanjakan Yana dengan harta benda dan kemewahan, setiap keinginan dan kehendak Yana akan dituruti oleh Nizam tanpa banyak soal, bahkan Nizam sanggup berhutang dengan kawan-kawan dia semata-mata nak turuti kehendak dan kemahuan isterinya. Disebabkan sikap Nizam yang terlalu menurut kehendak Yana membuatkan isterinya itu makin terpengaruh dan terikut-ikut dengan kemewahan dan gaya hidup kawannya. Malah hasutan Ibu Yana turut memburukkan lagi keadaan, serta menyebabkan Yana berubah menjadi materialistik dan mata duitan.

Konflik mula berlaku apabila Nizam diberhentikan kerja apabila kilang tempatnya bekerja bertindak membuang pekerja akibat kegawatan ekonomi. Nizam merahsiakan perkara ini dari isteri dan anaknya, kehidupan Nizam terus berubah serta-merta dan mula berhutang sana-sini kerana dia ingin terus memberikan kemewahan pada Yana. Bahkan semasa dia dah kena berhenti kerja tu, Nizam sanggup guna wang pampasan sebab dia diberhentikan dengan membelikan kereta sempena hari lahir isterinya. Memang rasa bengang je masa babak tu...

Konflik dan masalah dalam rumahtangga Yana dan Nizam menjadi semakin buruk apabila Yana tanpa sengaja bertemu semula dengan bekas kekasihnya yang bernama Farouk. Yana akhirnya curang dengan Nizam dan betapa hancurnya hati Nizam apabila melihat sendiri kecurangan isterinya di depan matanya. Curang sampai sanggup bawa lelaki tu ke tempat tidur. Bayangkan lelaki mana tak geram kan...

Nizam akhirnya menceraikan Yana dan kemudian dirinya pulang ke kampung bersama dengan anaknya Syafiq. Ketika berada di kampung, Syafiq sangat merindui ibunya, namun Nizam enggan berjumpa lagi dengan Yana mahu pun memaafkannya. Tak lama kemudian Farouk juga meninggalkan Yana kerana isterinya sedang hamil manakala Yana pula tidak mahu menjadi isteri kedua Farouk. Hidup Yana mula berubah menjadi tidak tentu arah, hal ini diburukkan lagi dengan penyakit kulit yang dihadapinya. Yana dan kawannya mula berubat cara kampung untuk mengubati penyakit kulit Yana itu dan secara kebetulan mereka pergi berubat di kampung Nizam.

Setelah mengetahui yang Nizam tinggal di kampung berkenaan, Yana dan kawannya pergi menemui Nizam untuk meminta maaf namun Nizam masih marah dan tidak mahu memaafkannya. Anaknya Syafiq pula sentiasa berdoa agar keluarganya menjadi normal semula dan ayah dan ibunya akan berbaik semula.

Apa jadi? Akhirnya, selepas dikaunseling oleh orang dan keluarga sekeliling... Akhirnya Nizam terbuka hati memaafkan Yana... dan mereka kembali disatukan sebagai suami isteri. Yana akhirnya meninggal dunia akibat penyakitnya yang semakin teruk.... Apa pun impian dia untuk berubah dan bertaubat itu tercapai... Sebab tu lah tajuknya bawa aku ke syurga.

Pengajaran dari Telemovie Bawa Aku Ke Syurga:

1. Ajar lah isteri bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Pupuk lah cinta suami isteri dengan menegakkan syariat dalam rumahtangga.

3. Suami wajib memimpin isteri mengikut jalan Allah...

4. Isteri wajib jaga maruah sebagai isteri...

5. Jangan terlalu moden hingga biarkan isteri bebas berkawan dengan sesiapa sahaja.

6. Belajarlah memaafkan orang lain agar diri terasa tenang...walaupun perit..

7. Jika ada masalah dalam rumahtangga kongsikan bersama...

8. Jangan dengar luahan lelaki atau perempuan lain  dan jangan sibuk dan campur tangan hal rumah tangga orang lain.

Walaupun ringkas tetap ada pengajaran drama ni... Pengajaran untuk suami dan isteri... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ