GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenali Tanda-tanda Hampir Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenali Tanda-tanda Hampir Bersalin | Melahirkan satu moment indah buat wanita bergelar ibu. Seorang ibu walaupun dah punyai 10 anak pun pasti akan alami tanda yang berbeza.

Alhamdulillah.. MF diberi ruang dan rezeki oleh Allah untuk alami pengalaman bersalin untuk 4 orang anak. Alhamdulillah... Kesemuanya dapat MF lahirkan secara normal. Alhamdulillah.. Rezeki MF walaupun setiap kali mengandung MF tak kan dapat sticker putih pada buku pink ibu mengandung kerana ada asma... Namun, Allah permudahkan.

Setiap kali mengandung... Dan ketika hampir bersalin tetap akan cari info dan baca tentang tanda bersalin.. Setiap anak tu lain sungguh tandanya.

Antara Tanda-tanda Dah Nak Bersalin


Sebelum bersalin akan alami beberapa tanda awal yang buatkan kita keliru dan kadangkala panik... "eh, dah sampai masa nak bersalin ke ni...?"

Tapi jangan panik dulu... Cuba tengok dulu tanda-tanda ni...

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan dan kosong sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. Masa ni mula rasa jalan macam penguin. Hehe
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut, memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir


  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.


Sakit belakang


  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5  dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan:
  • banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa  anda berbaring mengiring.


Pecah air ketuban


  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke  hospital.
  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
  • Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • Kontraksi 5 atau 10 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh)
  • Keluar air ketuban.
  • Pergerakan bayi menjadi kurang kerap. Baby mengeras je..
  • Keluar darah dari vagina. Tak kira sikit atau banyak.
  • Apa saja masalah yang dialami lain dari kebiasaan.

tanda Hampir Bersalin
Sumber : Google image 

Itu tanda yang biasa dialami oleh ibu yang hampir bersalin... Jika tanda air ketuban atau darah senang nak cam kan.. Itu memang tanda bersalin... Tapi ada kelahiran tanda darah atau air... Tapi jangan risau.. Boleh kira kontraksi yang lain macam.. Insha Allah.. Allah akan bagi satu naluri ibu untuk rasa itu adalah tanda hampir bersalin... Dan jarang sangat yang tertiba bersalin... Insha Allah...

Moga dipermudahkan bagi yang tengah menunggu hari bersalin... Jangan lupa amalkan makan buah kurma dan amalkan surah Maryam dan surah al-Insyirah untuk dipermudahkan urusan bersalin nanti...

Semoga bermanfaat...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ