بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hotel Bajet di Bandaraya Melaka | Percutian keluarga kecil MF semuanya tak pernah dirancang. Rasa bosan dirumah atau lama tak keluar bercuti... Kemas beg, masuk kereta terus jalan...

Macam tu juga percutian singkat kami anak beranak baru-baru ni... Cuti sekolah sempena Cuti Umum Deepavali baru-baru ni pun tak dirancang. Dah lepas Asar, suami ajak keluar jenjalan... Sebelum tu ada juga hint kata bosan dok kat rumah. Kononnya tak nak la keluar jenjalan sebab duit gaji awal tu tak nak diusik dulu... Tapi apa guna duit ada, tapi keluarga tak happy...

Jadi, lepas suami ajak MF terus siap dan terus ambil sepersalinan baju masuk dalam beg. Elok dalam perjalanan MF tanya suami... Nak ke mana kita? Sebab kalau nak buat solat Qasar dan Jamak kena ada hala tujuan, kalau tak tidak sah solat tu... Akhirnya, keputusan dicapai kami ke Melaka.

Gerak dari rumah dah jam 6 petang dah... Singgah di Kluang cari makan, kemudian solat dan terus masuk ke Lebuhraya PLUS menuju ke Melaka.

Dalam perjalanan, konon nak tidur dalam kereta aje... Haha... verangan.. kereta viva nak tidur 5 beranak... Akhirnya kena juga cari hotel bajet buat luruskan pinggang.

Sambil suami drive, MF mencari hotel di Bandaraya Melaka. Cari yang betul-betul bajet bawah RM100 je untuk semalam.


Terus saja ke Bandaraya Melaka dan banyak hotel bajet dalam maps. Antara yang dipilih nak ke Hotel Sentral... Tapi dalam perjalanan ke Hotel tu ternampak Hotel M ditepi jalan. Tertarik dengan hotel tu sebab huruf M... hehe...



Suami terus singgah sebab parking hotel tu banyak kosong, masuk tanya... RM100 semalam.. terus aje Check In... waktu tu jam dah 10.30 malam dah... Kejutkan anak-anak masuk ke hotel... Malas juga rasa nak survey hotel lain.. Lagipun under bajet juga tu kan...

Nama pun hotel bajet kan... Jadi, padan dengan saiz bilik dan harga... Apa pun yang penting selesa untuk luruskan pinggang...


Bilik dengan katil saiz Queen, muat aje untuk kami 5 beranak. Bilik hotel lengkap dengan lif, air-cond, parking, table coffee, cermin besar, dan tandas dan bilik mandi yang besar dan bersih...dan tak lupa WiFi Free yang laju...  rasanya sangat berbaloi dengan harga tu...

Sebelah dengan hotel tu adalah RTM, depannya ada Madrasah... sebelahnya ada stesen minyak.... Dan area tu ada gerai jual nasi lemak. Pepagi lagi suami keluar untuk beli sarapan pagi...

Jadi, selesa juga walaupun harga bajet... Kalau nak lebih selesa mungkin banyak hotel lain juga... Tapi alang dah jumpa yang senang dan selesa... Lagipun ditepi jalan... dan tak terlalu sesak... Hotel M adalah hotel bajet yang boleh MF recommen untuk anda untuk percutian tak dirancang macam MF sekeluarga ni. Kalau rancang cuti, mungkin hotel lain lebih bagus lah...

8 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. hehe..ok la tu.takde plan trus gerak je..kami pun kdg2 mcm tu..

    BalasPadam
  2. ooooo mmg kita x memilih sangat hotel sbb yg penting dapat merehakan badan, esoknya tentu nak berjalan2 bukan terperap je dalam bilik, so buat apa bayar bilik yang mahal2 kan... cuma kalau ada kursus ke, kalau mama bawa anak2 sama, kena pilih hotel yang ada kolam rennag, time mama berkursus, bolehlah abah habiskan masa dengan anak2 berendam...

    BalasPadam
  3. Murah tu MF. Bilik pun selesa dan bersih. Melaka skrg byk hotel dan motel sebab kadar pelacong meningkat saban tahun especially pelancong dr China.

    BalasPadam
  4. ok la tu MF ...dah namanya hotel bajet janji selesa kan

    BalasPadam
  5. Wow, ada eh hotel nih...wow..M, sama huruf depan nama empunya blog ni kan..hehee..patutlah ponnn~

    BalasPadam
  6. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    BalasPadam
  7. thanks sharing, kkot2 ramai yang nak cari hotel bajet...
    yang penting selesa dan bersih kan MF ...

    BalasPadam
  8. Yang penting tidur selesa walaupun bajet bawah RM100

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama