GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pucuk Paku Masak Lemak Paling Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pucuk Paku Masak Lemak Paling Mudah | Pucuk paku, sejenis pokok kampung yang hidup semula jadi dalam hutan... Tanpa perlu ditanam, pokok hutan ini tumbuh subur dalam hutan rimba yang tidak begitu tebal.

Zaman MF kecil dulu, selalu saja kutip pucuk paku ni di tepi jalan bila balik dari klinik... Seronok... Balik rumah mak akan masak sayur lemak ataupun buat kerabu bersama tauge... Aduhai... Kecur air liur...

Tapi, sekarang ni kalau teringin nak makan kena la beli... Baru-baru ni MF beli seikat pucuk paku di pasar malam... Resepi mudah MF buat ialah masak lemak campur ikan bilis... Simple aje...

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak


Resepi Pucuk Paku Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku
  • 1 peket santan kotak... Kalau guna santan fresh lagi sedap dan lemak.
  • 5 tangkai cili padi
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili giling
  • 1 genggam ikan bilis
  • Garam dan gula sebagai perasa.


Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili padi, dan separuh dari ikan bilis hingga halus.
  2. Masukkan santan dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam santan...
  4. Masak di atas api hingga mendidih...
  5. Selepas mendidih, masukkan cili giling, kunyit dan pucuk paku.
  6. Masukkan juga garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masak hingga pucuk paku laju dan batangnya empuk.
  8. Sedia untuk dihidang.


Memang mudah cara ni sebab tak perlu menumis... Terus je tanak dengan santan... Tapi jangan terlalu lama nanti pecah lemaknya..

MF juga nak kongsi kan sikit antara 13 khasiat di sebalik pucuk paku...

13 Khasiat dan Manfaat Pucuk Paku

1. Menjaga daya tahan tubuh
2. Baik untuk metabolisme tubuh
3. Merawat sakit sendi
4. Baik untuk kesihatan tulang
5. Menyembuhkan luka
6. Mencegah penuaan
7. Menyihatkan mata
8. Menurunkan berat badan
9. Mencegah hipertensi
10. Mencegah kenaikan kolesterol
11. Mengatasi masalah sembelit
12. Melancarkan aliran darah dalam tubuh
13. Boleh dijadikan tanaman hiasan

3Ulasan

  1. Sedapnya.. mmg mama suka pucuk paku masak lemak no tapi x penah masak sendiri sebab kalau masak mama sorang yg makan hihii

    BalasPadam
  2. Salam singgah sini sis...wahhh...sedapnya sayur pucuk paku masak lemak....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ