GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Kesan Bahaya Jika Anda Selalu Skip Waktu Makan | Dalam 24 jam kehidupan kita sehari, telah ditetapkan waktu-waktu yang sesuai dengan kehendak tubuh kita. Antaranya waktu makan... Perut kita sudah disetting, mengikut masanya yang tersendiri... Secara umumnya, terdapat 5 waktu makan yang telah disetkan oleh otak dan perut kita, iaitu sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Setiap waktu ini, jika tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan kesan buruk kepada tubuh badan kita. Seperti menggabungkan sarapan, makan pagi dalam makan tengahari, ataupun makan tengahari dibawa ke petang atau malam... Ada kesan buruk kepada tubuh badan kita jika selalu mengamalkan skip waktu makan ni...


Kesan buruk melangkau waktu makan


1. Menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam badan.
2. Badan berasa letih dan lesu jika melangkau satu waktu makan.
3. Berat badan yang berlebihan berbanding dengan orang yang makan mengikut waktu. Contohnya,  orang yang tidak bersarapan pada waktu pagi lebih berpotensi untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengah hari berbanding orang yang bersarapan.


3 Tips penting elakkan melangkau waktu makan


1) Biasakan dengan jadual waktu makan yang betul dan tetap.

Menetapkan waktu makan utama supaya terbiasa dengan waktu makan tersebut. Lebih elok jika sediakan makanan pada waktu makan utama supaya tidak melangkau waktu makan utama. Contoh jadual
pemakanan yang baik ialah:
 Sarapan: 6.30 – 8.30 pagi
 Makan tengah hari: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
 Makan malam: 6.00 petang – 8.00 malam

2) Elakkan pengambilan snek semasa waktu makan utama

Terdapat satu kajian yang menyatakan orang yang kerap mengambil snek lebih berpotensi untuk melangkau waktu makan utama berbanding yang kurang mengambil snek. Snek bermaksud makanan dan minuman yang diambil di antara waktu makan seperti minuman susu atau yogurt, minuman berkarbonat dan makanan ringan. Kesan bagi kanak-kanak yang mengambil snek semasa waktu makan utama pula akan
kekurangan nutrien utama seperti karbohidrat dan protein. Corak pemakanan yang tidak
konsisten juga memberi kesan buruk kepada tumbesaran anak-anak.

3) Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Biasakan bawa bekal ke tempat kerja. Jika tak sempat masak di waktu pagi, beli sahaja sarapan atau makanan ke pejabat. Ambillah masa untuk makan dalam 10 ke 15 minit jika terlalu sibuk bekerja di pejabat.


Semoga dengan tips dan info ini bermanfaat untuk semua. Ye, kadang kita takde selera dan sibuk bekerja buatkan kita tak memikir waktu makan. Dan ini menyebabkan badan kita cepat letih dan lesu serta menyebabkan usaha untuk kurus bagaikan angan-angan.

Rujukan: Bahagian Pemakanan KKM

6Ulasan

  1. setakat ni memang tak skip makan. makan is happiness :)

    BalasPadam
  2. Setuju sangat. Kadang2 orang nak kuruskan badan kerap skip waktu makan. Tapi sebenarnya itu yang membuatkan cepat lapar dan mereka tidak dapat menahan untuk makan lebih banyak

    BalasPadam
  3. Mkn xskip tp tula selalu lambat je.. kena isi jugak perut kalau x mmg letih gigil..

    BalasPadam
  4. Saya sedang lakukan ini. Skip lunch. 😅😅😅

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ