10 April 2017

Kosmetik Yang Tidak Boleh Digunakan Semasa Hamil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL | Wajah wanita mengandung ada dua keadaan bila mengandung. Satu muka berseri, satu lagi muka kusam. Yang muka kusam tu payah nak cerita... Kadang tak lalu nak tengok muka sendiri kat cermin.. Tapi, kita ada suami jadi kena la serikan muka, wangikan badan walaupun tak dapat nak serikan 100%..

Cara mudah nak serikan wajah ialah kosmetik... Tapi MF sendiri pernah baca, orang mengandung tak boleh bersolek sebab bahan dalam alat solek tu ada yang berbahaya untuk kandungan dan bayi... 

Tapi kita tak tahu, bahan apa yang bahaya tu... Jadi, MF nak kongsi perkongsian dari Dr. Zubaidi Ahmad... Bahan yang perlu dielakkan guna ketika hamil... Bahan-bahan ni ada dalam bahan kosmetik dan kecantikan harian. 


Jadi, kena perhatikan label ataupun tanya ahli farmasi sebelum membeli jika beli farmasi... Tujuannya untuk mengurangkan risiko kemudaratan ketika mengandung... Risiko apa tu??? Bahan-bahan ni mungkin mengganggu perkembangan bayi dalam jangka masa panjang... termasuk organ, otak dan sebagainya... kita tak tau kan..

Jadi baik kita elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.

8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

Dan banyak lagi...

Sumber Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MF anak tiga pun baru tahu.. rasanya ada juga la guna bahan-bahan ni masa mengandung dulu.. Tapi kita tak tahu dan ini baru tahu.. moga Allah lindung dan tak memberi mudharat atas kejahilan kita ini... Dah tahu lepas ni kena lebih berhati-hati nak guna bahan-bahan dan alat kosmetik... Cari yang natural je la... Tempek timun, tomato, bedak sejuk je la... hehe... Selamat dan takde mudharat.

5 ulasan:

  1. masa mengandung nad mals nak mekap..tepek bedak je..bedak pun kene pakai hati2 kan takut bahan boleh bawak bahaya dekat bayi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    Good info Maria..
    Kadang2..kerana nak cantik, tanpa sedar kita telah terdedah pada bahaya.

    BalasPadam
  3. ooo.. bru tau.. panduan ni buat ibu2

    BalasPadam
  4. banyak yg tak blh guna rupenya bkn kosmetik je tp penjagaan diri...
    tp kite pakai seadanya je, harap2 takde apa2 lah kn MF

    BalasPadam
  5. nasib mmg tak suka makeup..sbb tu kena hati2 pilih produk

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^