GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

TOLONGLAH WAHAI PENIAGA ONLINE, JANGAN BODOHKAN PELANGGAN ANDA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
WAHAI PENIAGA ONLINE, TOLONG JANGAN BODOHKAN PEMBELI!

Nak suruh orang beli produk kita jangan bodohkan pembeli...

Banyak contoh kita boleh jumpa penjual bodohkan pembeli...

Contohnya:

"Hanya Orang Bijak Akan Ambil Langkah Ini"

"Ibu Bapa Yang Perihatin Akan Belikan Produk Ini"

"Suami yang sayangkan Isteri sahaja akan lakukan Ini."

Jangan Baca Kalau Anda Bukan Mak Bapa Yang Baik

Rugi Siapa Tak Join Bisnes Ni

Ini adalah contoh ayat iklan yang MF jumpa... Ni ayat memperbodohkan pelanggan...

Mungkin ayat kita tu sekadar ayat... Tapi ingat prospek pelanggan kita ni dari pelbagai latar belakang... Jadi, dari tulisan kita tu boleh ditafsirkan Macam-macam makna...

Jadi elakkan ayat negatif dan memperbodohkan pelanggan macam tu.

Contoh dalam iklan... Lihat sahaja iklan Umobile... Dia buat perbandingan dengan cara mengecil telco yang lain.. Kononnya dia yang paling bagus...

Dan sebenarnya ayat ni bukan menarik orang dekat dengan bisnes anda.. Bahkan orang akan jadi sakit hati dan menjauh...

Jadi, nak maju jangan nak jatuhkan orang lain... Tapi bangunlah dengan cara dan atas kaki sendiri.. Itu cara terbaik untuk naik dan maju dengan cemerlang dan diberkati. 

TOLONGLAH WAHAI PENIAGA ONLINE,  JANGAN BODOHKAN PELANGGAN ANDA!

Renungkanlah kisah ini:

Seorang Guru membuat garis sepanjang 10 cm di atas papan tulis, lalu berkata : "Anak-anak, cuba pendekkan garisan ini!"

Murid pertama! maju ke depan, ia memadam 2 cm dari garis itu, sekarang menjadi 8 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Ia pun melakukan hal yang sama, 'sekarang' garisnya tinggal 6 cm. Anak murid ke 3 & ke 4 pun maju ke depan, sekarang garis itu tinggal 2 cm.

Terakhir, anak yang Bijak maju kedepan, ia membuat garis yang lebih panjang, sejajar dengan garis pertama, yang tinggal 2 cm itu.

Sang Guru menepuk bahunya,
"Kau memang bijak. Untuk membuat garis itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya - cukup membuat satu garis yang lebih panjang. Garis pertama akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

Untuk memenangkan diri Tak perlu mengecilkan yang lain, Tak usah memburukkan yang lain, kerana secara tak langsung, membicarakan keburukan yang lain adalah  cara tak jujur untuk memuji diri sendiri. Cukup lakukan yang terbaik yang dapat kita lakukan untuk smuanya, biarkan waktu akan membuktikan kebaikan tersebut.
                                                                                                                                      Semoga berbahagia semuanya.

************************************
Kalau kita nak berjaya jangan sampai jatuhkan bisnes orang lain.. Maju lah dengan usaha dan cara tersendiri tanpa memperbodohkan dan menjatuhkan orang lain.

Keep positive...and all the best..

9Ulasan

  1. Betul...walau 1 perkataan pun ianya membawa banyak pengertian...

    BalasPadam
  2. Setuju sangat dengan post ni. Nak berniaga biar kena caranya tak perlu nak jatuhkan orang lain (contoh u mobile). Bila buat macamtu boleh buat musuh lagi ada la. Yang peniaga online ni pula buat ayat mcmtu nak bagi orang rasa bersalah for not being good enough. Lebih kepada memaksa.

    BalasPadam
  3. rezeki Allah dh tentukan, jangan cemburu dgn rezeki org lain kan MF...

    BalasPadam
  4. iklan umobile ke yg kat tv dia buat perbandingan dgn yg lain kat trek lumba lari tu? selalu juga nampak ayat2 mcm kat atas tu d fb. panas hati juga kalau baca. bodoh sngt ke kalau x pilih produk tu? xkan x beli produk tu ibu bapa dianggap x prihatin? dgn ayat2 mcm tu,tambahlah org x berminat dgn produk tu

    BalasPadam
  5. Kan.. Banyak iklan / ayat promosi macam tu. Yt klu bc ayat rupa tu dah tak sambung bc dah

    BalasPadam
  6. alaaaa....korang ni, biz punya ayat biasa la, nak catcy, lain dari yg lain, cara nak tarik perhatian orang, x kan tu pon rasa dibodohkan, kuat sentap lahaiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan masalah kuat sentap... tapi berniagalah dengan beradab...

      Padam
  7. That Y saya tak suka 'copy writing' dan tak ajar pun pada klien saya. Saya lebih tekankan kepada internal dan external environment.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ