GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT ALA BIG APPLE TANPA DIULI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT ALA BIG APPLE TANPA DIULI! | Serius, dah lama mencari resepi donut gebu lembut macam big apple ni... Tapi biasalah.. dalam kepala otak ni mesti fikir, ala.. malas la nak buat donut,  nak kena menguli tu... penat... 

Sekali, semalam suami la cakap, anak-anak suka makan donut.. setiap kali sarapan, mesti belikan donut... haihh... tu yang buatkan MF bertekad juga nak buat sendiri.. 

Takpe la.. uli pun uli la.. kan.. memandangkan dah lama tak men'donut', jadinya kena minta tolong "Pak Cik Google" juga la minta resepi.. haha... 

Akhirnya, jumpa la resepi donut mudah, tanpa uli.. yang lembut gebu katanya... ok.. MF try je la kan.. sebab tak payah uli kan dia kata. 



Dengan semangat tuh, jadi ikut resepi tu... Mudah sangat katanya.. bahan yang memang dah sedia ada.. 

Jadi, ikut sebijik macam resepi tu... Setelah siap je... fuhh.. meletop .. memang serius... lembut, gebu betul... memang sebijik macam donut big apple... teruja ok.. teruja nih.. 



Inilah donut paling lembut, gebu pernah dibuat... 
Serius... ini membuatkan MF nak buat donut frozen banyak-banyak... dalam hati, mula dah fikir nak buat roti pizza la, buat pau la.. sebab caranya sama je.. punya lah teruja sebab senang sangat caranya... dan memang tak penat tangan nak uli pun... lepas ni memang akan buat lagi dan lagi... 

Kalu nak mencuba, jom ikut resepi ni:

DONUT GEBU TANPA ULI

Bahan-bahan A:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

Campurkan bahan A ni dan biarkan kembang.

Bahan-bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ramaskan bahan-bahan B ni sehingga jadi macam serbuk roti.

Cara membuatnya:
  • Campurkan Bahan A (campuran yis yang telah kembang) tadi ke dalam Bahan B dan gaul rata.
  • Biarkan selama 1 jam dalam bekas yang tertutup.
  • Adunan memang agak lembik tapi jangan risau dan jangan tambah tepung.
  • Selepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. 
  • Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni boleh ambil sedikit tepung untuk terap acuan supaya tak melekat.
  • Biarkan selama 30 minit, atau nampak kembang sikit dan bolehlah digoreng.
Memang takde proses uli pun... hanya gentel penyek je sikit masa nak canaikan tu... mudah sungguh la... Cuma dia kena perap tu buatkan kena buat awal la.. Kalau nak buat untuk minum petang, dalam jam 3 petang dah kena sediakan dohnya... MF buat pagi tadi pun, sambil-sambil layan online je.. 

Ni untuk di'frozen'kan... tapi rasa macam tak sempat nak kena 'frozen' je... 😊

Tapi memang senang betul lah.. lepas ni memang boleh buat lagi.. Ni, en.somi beli coklat untuk sapu kat atas.. mesti betul-betul-betul macam big apple lepas ni.. hehe.. 

Rujukan Resepi: Blog Che Eda

12Ulasan

  1. Menariknya kalau buat donat tak payah nak uli ni. mak saya selalu uli untuk beberapa minit juga lepastu kena biar haha. Tapi donat big apple tu macam ada rasa cheese la ke dia campur cheese?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tqsm sis share resepi ni. Sy buat mmg menjadi lembutnya. Satu family suka makan. Moga Allah balas budi baik sis. Tak semua org jujur bg resepi😉

    BalasPadam
  3. dah cuba resepi nie..mmg lembut n gebu..terima kasih share resepi

    BalasPadam
  4. nak trylah resepi MF nanti..anak2 saya peminat donut..tapi mak dia tak handal buat donut..hahaha

    BalasPadam
  5. Donat tu belobang, kalau tak ada lobang ape namanya? :D

    BalasPadam
  6. Senang je rupanya. Qiya selalu order kat kawan donat gebu ni. Nanti boleh la cuba buat sendiri plak donat ni.

    BalasPadam
  7. Lama tak buat donut nasib ada resepi ni nak ulangkaji....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ