GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

NAFKAH UNTUK ISTERI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nafkah untuk Isteri



Kisah pedoman buat suami dan juga isteri. 

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Adila  melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.  
"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.  
"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri".  
Kena belajar ilmu kehidupan & kewajipan.
"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la...". 
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada  yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada jugak LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.  
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak memberi nafkah buat isteri itu WAJIB sebab BUAT TAK TAHU. 
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan BERDOSA. 
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM500, berilah RM400. Jika tak mampu juga, berilah RM300. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.  
"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?" 
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.  
"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.  
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK AMBIL TAHU  mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.  
Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK AMBIK TAHU  mengenai perkara ini. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.  
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.  
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula AMBIL TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.  
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?  
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.  
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.  
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.  
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...) 
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.  
Semoga kita semua beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
#DrMahyuddin
Sumber: Facebook 

Apa pun sebagai isteri tetap kena ingat..  Walaupun rezeki isteri itu memang hak mutlak isteri tapi jangan lupa bahawa...tanpa keizinan suami haram kita bekerja dan mencari rezeki... 

MF pernah dapat satu kes suami isteri... Dimana isterinya sangat berkira bab ini.. Dah suami bagi keizinan untuk bekerja dengan harapan dapat bantu perbelanjaan keluarga tapi sebaliknya... Semua perbelanjaan diletakkan atas bahu suaminya 100% duit gajinya disimpan semuanya dan hanya untuk dia... Tak boleh la camtu...  dia lupa yang beri izin dia kerja itu suami dia juga... Jadi kena la bantu mana yang perlu. 

Itulah.. Dalam rumahtangga kena ada toleransi barulah boleh aman rumahtangga.. Kalau masing-masing ego dah camne kan... Kesian juga dengan kes ini... 


P/s: Jadi ustazah ni itulah... Hal rumahtangga orang pun jadi tempat rujukan dan pertanyaan bab hukum... Walaupun masih muda dalam hal rumahtangga ni... Nak tak nak kena la cari ilmu berkaitan supaya dapat lebih pengetahuan untuk bantu orang lain... Bukan senang pegang title ustaz ustazah ni...

5Ulasan

  1. tak apa sis... klu ada yg rujuk tu maksudnya mereka percaya dgn kebolehan sis... insyaaAllah semoga apa yg sis tolong menambah pengalaman juga tuk sis...

    BalasPadam
  2. Toleransi suami isteri penting untuk kerukunan rumahtangga

    BalasPadam
  3. Terima kasih perkongsianmya MF. Sekarang ni mudah nak dapat ilmu, cuma nak dengan tak nak aje.
    Yg penting hidup kita diberkati. Itulah indahnya Islamjan MF..hak hak isteri dijaga.

    BalasPadam
  4. menarik citer ni, suami2 kena faham perkara ni. banyak berlaku zaman sekarang ni suami buat dek je pasal nafkah isteri

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...moga rezeki terus berterusan..tak kaya takpe..asalkan rezeki tidak terputus..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ