GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[MOTIVASI JUTAWAN] 10 SEBAB KENAPA ORANG BERJAYA ITU AKAN TERUS BERJAYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[ KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA ]

10 SEBAB KENAPA ORANG BERJAYA ITU AKAN TERUS BERJAYA! 

#1  Sikap dia berbeza

Orang berjaya dia tak suka merungut. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada makan?" " Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia tak cari kerja.

#2 Mereka ini pantas.

Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

#3 Investment 

Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.

#4 Bina Networking

Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. 
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

#5 Buat Keputusan Awal

Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya. Tak percaya? Cuba tanya mereka yang berjaya.


10 SEBAB KENAPA ORANG BERJAYA ITU AKAN TERUS BERJAYA!

#6 Pilih Kawan Yang Betul

Mereka berkawan dengan orang yang betul. Nak jadi jutawan kena la berkawan dengan orang yang dah jadi jutawan. 

#7 Mereka tidak bertangguh.

Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan.
Kalau sikap owner ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?

#8 Tidak menghiraukan kutukan

Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang. Kutukan itu kalau membina takpe.  Untuk kita perbaiki diri..  Tapi kalau kutukan yang menjatuhkan tak payah ambil tahu . Biarkan sahaja. 

#9 Fokus

Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan kita jutawan. Nak kembangkan boleh tapi jangan lari konsep... Contoh.. Buat bisnes jual pakaian...pastu jual kerepek pula.. Pastu alat make up... Nampak tak.. Takde fokus kat situ...

Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.

Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

#10 Mereka konsisten dan persisten.

Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya dan berjaya dunia akhirat!!!!

Amiin ya rabbal'alamin.

Diolah dari Facebook 

4Ulasan

  1. no.1 tu tak dinafikan...selalu sangat...emm...nak elakkan dari merungut...huwaaa

    BalasPadam
  2. Saya setuju dengan kesemuanya....nice entry

    BalasPadam
  3. Bila sekali dah berjaya, agaknya semangat tu terus berkobar kobar untuk terus berjaya. Mcm dapat satu suntikan semangat

    BalasPadam
  4. Terbaik untuk dijadikan panduan menghadapi azam seterusnya.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ