GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

INI 14 RAHSIA DISEBALIK KESAKITAN YANG KITA ALAMI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sakit satu ujian dari Allah... tiada siapa di dunia ni suka kan kesakitan.. semuanya nak sihat, ceria gembira... Tapi kita sebagai hamba Allah tak kan terlepas dari kesakitan hatta doktor sekalipun yang biasa merawat orang akan alami sakit... 

Sebenarnya, tahap sakit kita tu ditentukan oleh kita sendiri iaitu dengan cara penerimaan kita terhadap kesakitan yang kita perolehi... 

Sumber: Google images

KITA APABILA SAKIT AKAN MENGELOH. TETAPI TAHUKAH ANDA HIKMAHNYA DISEBALIK SAKIT ITU?

Apabila Allah SWT memberi kita sakit, ia adalah sesuai dengan daya tahan kita sebagai hamba-Nya, dan banyak hikmahnya :

1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.

3) Sakit itu Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu untuk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.

5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafaz ayat syifa', ruqiyyah dan lain-lain, sebagai penawar dan pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.

6) Sakit itu Nasihat.
Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim
Ahli keluarga, sahabat dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan.

8) Sakit itu gugur dosa.
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.

9) Sakit itu Mustajab Doa.
Org yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya' dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Solat org sakit lbh khusyuk terutama dlm rukuk n sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristghfar, berdoa serta meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.

13) Sakit itu mperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi santun, lembut dan tawadhu'.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati
Mbuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih ber'amal dan beribadat.

Ayuh Zikir, Fikir, Syukur & Sabar. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

Jadi, jangan mengeluh ketika sakit... sakit tu banyak sangat hikmahnya... Jadi orang yang diuji dengan kesakitan sangat beruntung sebenarnya... 

2Ulasan

  1. Sakit tu memang satu ujian.. Tapi kalau tak sakit, kita senang je hati kan.. So sakit tu dah macam satu peringatan untuk semua.. Good entry..

    www.erazfadli.com

    BalasPadam
  2. 'mengharapkan diri ini sentiasa positif dgn sakit yang sdg menimpa...'

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ