07 Februari 2017

AWAS! INI YANG SUAMI ISTERI WAJIB TAHU TENTANG MEROYAN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan dan ini bukan kes pertama berlaku di Malaysia...



Sebenarnya ada 3 peringkat meroyan yang para suami dan isteri juga wajib tahu!  

Dari sudut dan istilah perubatan mental penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Istilah orang kita panggil meroyan.

1. Baby blues

Baby blues ni peringkat permulaan meroyan. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan hingga dua minggu paling lama.

Perkara ni agak biasa la untuk ibu yang baru bersalin anak pertama. Perubahan hidup dari tanggungjawab kepada diri dan suami berubah kepada tanggungjawab bertambah dengan ada anak... Tidur dulu lena sampai pagi.  Dah ada anak tidur tak tentu masa.... Kadang sejam sekali atau dua jam sekali bangun anak menangis nak susu.  Tambah tertekan kalau suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Ada suami jenis sekali ketuk sekali jalan tu yang payah tu...

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood yang berubah-ubah.
Sekejap marah, sekejap suka, sekejap merajuk pula. Ada yang istilahkan sebagai mood swing... Sebenarnya mood swing ni bukan meroyan je... Wanita ketika datang haid pun alami perkara ni sebab perubahan hormon...

+ mudah cemas
Risau dan cemas tak tentu pasal. Anak menangis sikit, dah kelam kelibut dibuatnya.

+ selalu menangis
Akibat tertekan dia akan menangis... Dengar anak menangis dia pun menangis sekali.

+ kurang selera makan
Kurang makan mungkin sebab perubahan menu...orang berpantang kena pantang banyak jenis makanan. Itu buatkan dia lagi stress.

+ susah tidur
Rehat yang tak cukup... Tidur kurang dan bila sekejap tidur sekejap bangun buatkan dirinya susah nak tidur.

Mohon suami alert dengan tanda-tanda ini...

2. Pospartum depression

Meroyan pada peringkat pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3.Pospartum Psychosis

Meroyan peringkat teruk. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan-bukan sila berhati hati. Dah tahap kena rasuk dah ni... Dan ada saudara MF pernah kena penyakit ni..  Dia letak anak dia atas alang rumah... Fuhh... Nasib ada orang nampak... Kalau tak.. Nauzubillah...

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri.. Sayang isteri bukan setakat nafkah seksual sahaja...  Bukan tahap tu... Tapi lebih daripada tu...

Nak jadi suami bukan senang... Bukan sekadar cinta sayang pastu buat anak... Banyak emosi, jiwa, raga nak kena jaga dan kawal...

Kenalilah tanda-tanda pelik pada isteri terutama selepas bersalin... Yang paling penting... Jangan bagi isteri stress ketika berpantang... Tu punca utama penyakit ni...



CARA MENCEGAH MEROYAN

Bagi para suami yang ada kelebihan... Simpan cuti tahunan anda... Dan ambillah cuti lebih bila isteri bersalin... Jaga dia... Jangan paksa isteri dijaga oleh orang yang dia tak suka... Contohnya, dia tak selesa balik rumah mak mentua... Jangan paksa dia.. Usahakan cari pembantu lepas bersalin jika tak mampu jaga sendiri... Ataupun tak reti...

Jangan kata susah... Sebab inilah hakikat bila dah kahwin... Kalau tak jangan kahwin dengan perempuan...  Jangan salahkan wanita... Kerana wanita itu makhluk beremosi...

Bagi isteri pula... Belajarlah kawal emosi dan tekanan... Sejak awal hamil... Doakan anak kita mudah dan mempermudahkan kita... Doakan yang baik-baik... Jaga hati suami dan adik beradik serta orang lain... Jangan sakitkan hati orang lain...

Banyakkan berzikir dan baca al-Qur’an. Berhadas besar tak bermakna kita tak boleh baca langsung al-Quran...  Bacalah ayat lazim yang memang dalam hafalan kita... Jangan terlalu nakkan kesempurnaan... Suami ni ada yang jenis ala kadar... Janji dia buat... Contohnya dia memasak di dapur... Dapur tak kemas... Tak payah kita fikirkan dapur kemas ke tidak... Rumah berhabuk sikit tak nak... Tak perlu fikirkan kesempurnaan...  Belajarlah jadi wanita yang sederhana...

Kukuhkan komunikasi suami isteri... Jangan biarkan isteri memendam rasa... Andai suami kita jenis payah berbincang... Carilah seseorang yang amanah untuk kita luahkan perasaan....

Perempuan ni memang tak boleh pendam perasaan dalam hati... Kalau simpan...camtulah... Untung kalau dapat bini mulut kasar... Sebab dia memang jujur.. Dia tak puas hati memang terus luahkan...

Jadi... Komunikasi tu penting juga dalam rumahtangga untuk menangani masalah meroyan...

Teruskan mencari ilmu rumahtangga walaupun berpuluh tahun pun dah hidup bersama... Kerana kita suami isteri diciptakan berbeza untuk saling melengkapi. 

3 ulasan:

  1. Saya pernah mengalami depresi baby blues tu..
    Tapi alhamdulillah, sokongan suami memang banyak membantu..
    Depres ni bukan perkara main-main.. sangat bahaya kalau tak dirawat..

    BalasPadam
  2. perkongsian yang bermanfaat..sy share ye :)

    BalasPadam
  3. orang sekeliling memainkan peranan penting ketika isteri berada dalam pantangkan, terutamanya suami, isteri berhak memilih dimana dia selesa untuk berpantang agar emosinya stabil

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Tags