GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Remaja Berbasikal Maut | Perlukah Salahkan Ibu Bapanya???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Remaja Berbasikal Maut | Perlukah Salahkan Ibu Bapanya??? | Sehingga kini hangat diperkatakan pasal isu  sekumpulan pelajar yang berbasikal di Johor Bahru dirempuh oleh sebuah kereta.

Memang mengejutkan berita tu sebab kejadian tu berlaku waktu pagi... Waktu semua orang sedang sedap lena tidur... Tapi remaja ini sedap mengayuh basikal di atas jalan raya waktu tu...


8 Remaja Berbasikal Maut | Perlukah Salahkan Ibu Bapanya???
Sumber: google images

Rata-rata memang ramailah jadi hakim salahkan mak bapa budak tu kan... Siap ada kutuk maki Kaw2 punya kat mak bapak diorang ni... Bila pula ada kenyataan ibu bapa tak tahu anak-anak mereka terlibat dengan geng basikal ni ni...

Tapi.. Patutkah kita nak salahkan mereka???

Bagi MF ya.  Memang mereka salah... Sebab abaikan anak-anak... Tapi kita orang yang takde kena mengena ni tak payah nak salahkan diorang lagi jika kita sendiri pun ada anak-anak.   Kita pun tak tahu apa bakal jadi kat anak kita... Jangan terlalu nak salahkan mak bapa orang lain atas sesuatu kelalaian mereka...

Ini juga sebagai ujian dan dugaan Allah kepada ibu bapa dan keluarga mangsa tapi pengajaran buat semua ibu bapa...

Zaman sekarang sibuk sangat nak anak lelaki dan perempuan kan... Ingat... Buat anak seronok tapi amanah tu berat nak kena pikul dan bersoal jawab nanti...

Jangan nak kejar sangat tambah anak ramai-ramai kalau rasa diri tu tak mampu nak jaga amanah... Masa kecik memang la seronok... Mencabar bila dah dewasa...

Anak lelaki dan perempuan sama aje cabaran nya... Anak lelaki dengan hal dan dugaan tersendiri... Anak perempuan lagilah banyak nak kena jaga...

Tak perlu nak kutuk, maki mak bapak budak-budak ni sangat...  Kita pun tak tahu rupa anak kita 20 30 tahun akan datang... Jauh lagi perjalanan hidup ni... Tak tahu lagi dugaan kita macam mana...

Kita tengok dan ambil pengajaran... Belajar dari peristiwa yang berlaku... Itu yang sebaiknya..

Anak dan ibu bapa ni memang Allah balas Cash kat dunia...

Kalau ibu bapa lalai jaga anak... Akan berlakulah kejadian yang tak terduga...
Tapi kalau anak abaikan ibu bapa... (derhaka) pun akan dibalas Allah di dunia lagi.. Di akhirat pasti tak terlepas juga..

Jadi, sama-sama kita muhasabah diri... Tak perlu nak menunding jari lagi... Kerana mereka sudah cukup terhukum dengan kesilapan mereka sendiri... Jadi tak perlu nak tambah hukuman tu dengan kutukan dan maki hamun yang tak sepatutnya...

Sama-sama ambil pengajarannya... 

9Ulasan

  1. bab maki2 tu akak sendiri tak setuju..kita pun tak tau macam mana anak kita nnti dah besar,cuma apa yang perlu kita buat,pantaulah anak-anak...Nak lebih sporting pun tak boleh jugakkan..

    BalasPadam
  2. betul tu saya setuju..janganlah kita sesuka hati melabelkan ibuba[a lain tak pandai jaga anak kan, kita sendiri tak tahu perkara yang berlaku kan

    BalasPadam
  3. bagi yang ada anak yang umur belasan tahun ni tahulah macam mana susah hati dan sakit jiwa nak membentuk diorang supaya mengikut nasihat dan tunjuk ajar, memang kengkadang naik bosan nak tegur anak-anak supaya mengikut nasihat kita. Tapi bila dah jadi macam ni Allah saja yang tahu betapa pedihnya hati kita. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak belasan tahun, saya rasa tak adil untuk menyalahkan ibu bapa secara total sebab tak kan lah kita nak awasi anak-anak sepanjang masa sebab kita pun ada komitmen dan tanggungjawab lain

    BalasPadam
  4. Kita tak de kat tempat mak ayah tu kita tak tau cemana diaorang didik anak.Ada jenis anak2 yang kita larang pun dia keluar jugak..Kita pesan jangan main beskal kat jalan besar, dia pergi jugak.Budak2 dah ada kaki..kalau masih atas dukung boleh la kita kawal setiap saat.Lagi pulak sekarang ada yang mak ayah kerja..Anak2 pulak semua dah berakai.setakat dia nak ambik kunci rumah buka pintu , itu benda senang je..

    BalasPadam
  5. betul tu. kita tuding jari tp kita x tau apa akn jadi pd anak2 kita kelak

    BalasPadam
  6. Cukup apa yang berlaku jadikan peringatan dan pengajaran...

    BalasPadam
  7. Dah susunan Allah Ya Baari' semua yang berlaku...

    BalasPadam
  8. tak perlu kita tambah kesedihan mereka ngn menghukum n memaki hamun mereka...
    anggap je ni ujian dari Nya/... nasib kite pun tak tau lg, entah camne dugaan yg kita terima pula nnti kan

    BalasPadam
  9. Mungkin mereka bersalah kerana cuai tapi caci dan maki tidak diperlukan dalam kes ni. Cukuplah sekadar ambil perkara ini sebagai pengajaran.

    Jom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ