GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 ADAB BERGURAU DALAM ISLAM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Islam itu sangat banyak mengajar tentang adab dan akhlak..sesama manusia.. Termasuk bab bergurau pun ada adab yang digariskan dalam Islam. 

Di antara adab-adab bergurau adalah sebagai berikut:

1. Tidak boleh ada penipuan di dalam bergurau tersebut.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
( وَيْلٌ لِلَّذِى يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ.)
“Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya. Kecelakaan untuknya.”

Pada zaman sekarang ini, banyak orang yang bekerja sebagai pelawak. Kebanyakan mereka tidak boleh menjaga lisannya dari pernipuan. Oleh kerana itu, sebaiknya mereka segera mencari pekerjaan lain yang benar-benar terhindar dari hal yang diharamkan.

Begitu pula kepada para muballigh yang gemar membuat orang tertawa, sudah sepantasnya isi ceramahnya jangan mengada-ada, harus ilmiah dan memiliki rujukan yang boleh dipertanggungjawabkan.



2. Tidak boleh ada unsur penghinaan atau pelecehan terhadap agama Islam
{ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (66) }
Maksudnya : “ (65) Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” (66) Tidak usah kamu minta maaf, Kerana kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (QS At-Taubah : 65-66)

Pada masa ini, banyak orang yang suka mengejek ajaran agama Islam dan menjadikannya sebagai bahan gurauan. Sebagai contoh: penghinaan terhadap janggut dan mengatakan orang yang memanjangkan janggutnya seperti kambing, penghinaan terhadap jilbab dan mengatakan itu hanya pakaian orang gurun, penghinaan terhadap cadar dan mengatakan bahawa itu ciri-ciri teroris, penghinaan terhadap orang yang tidak isbal (mengenakan kain di bawah mata kaki) dan mengatakan bahawa orang itu kebanjiran dan lain-lain.

Berdasarkan ayat di atas orang yang menghina ajaran Islam terancam untuk keluar dari agama Islam, disedari maupun tidak. Oleh kerana itu, jangan sampai kita menganggap remeh permasalahan-permasalahan seperti ini.

3. Tidak boleh ada unsur ghibah dan peremehan terhadap seseorang, suku atau bangsa tertentu 
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11) } 

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiridan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim." (QS Al-Hujurat: 11)

4. Tidak boleh mengambil barang orang lain, meskipun bergurau 
(( لاَ يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لاَعِبًا وَلاَ جَادًّا.)) 
“Tidak boleh seorang dari kalian mengambil barang saudaranya, baik bergurau ataupun serius.” 

Meskipun bergurau, mengambil barang kawan kita dengan tujuan menyembunyikan dan membuat dia pening, hal tersebut tidak dibenarkan di dalam agama Islam. Budak-budak sekolah banyak dok buat camni kan... Pesan kan kepada anak-anak kita supaya tak buat perkara macam ni.

5. Tidak boleh menakut-nakuti orang lain. 
(( لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا.)) 
“Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti muslim yang lain.” 

Terkejutkan orang lain... duduk sembunyi kemudian sergah dia kuat-kuat... bagi dia terkejut. Tak boleh buat macam tu.. buatnya orang tu ada sakit jantung kan..


6. Tidak boleh menghabiskan waktu hanya untuk bergurau 
(( مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ.)) 
“Di antara tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan yang tidak bermanfaat baginya.” 

7. Tidak boleh berbicara atau melakukan hal-hal yang melanggar syariat, seperti: menyebutkan ciri-ciri wanita yang tidak halal baginya kepada orang lain, menipu, melaknat dan lain-lain.

Olahan Sumber: muslim.id



Sumber: google images

Itulah 7 adab bergurau yang digariskan dalam Islam. Nak bergurau boleh tapi jangan sentuh sensitiviti orang. Jangan berlebih-lebihan. Tak salah nak buat orang ketawa, tapi biarlah lawak jenaka itu ada satu reality bukannya rekaan semata-mata nak bagi orang gelak. 
Sama-sama kita muhasabah diri. 


p/s: Sebab tu, dah tak tengok rancangan lawak dah la ni.. sebab rupanya dalam Islam haram program macam tu… 

3Ulasan

  1. Banyak benda-benda ni berlaku disekeliling kita sekarang. Kadang2 nampak kecil ja tapi dalam Islam memang tak boleh. Ingat haritu ada ustaz dari arab masuk kelas dia pesan "joke is haram", sebab kami gelak pasal apa entah. Good sharing :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    BalasPadam
  2. kan, bergurau kena berpadah2 kadang2 dengan bergurau pun kita blh jatuh murtad.. wallahualam.. nice sharong... lama x jengguk sini tau :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ