GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

18 Khasiat Buah Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Buah bidara tengah jadi viral dan popular sekarang ni... MF pertama kali tengok masa layan dokumentari Majalah 3 beberapa minggu yang lepas... Rasa teruja juga nak cuba makan...

Seperti biasa, setiap makanan ciptaan Allah ada khasiatnya... jadi, buah bidara ni bukanlah buah yang biasa-biasa juga kan... Manfaat bidara juga dipercaya sebagai ubat sakit perut, kencing sakit,
kencing darah dan nanah, melancarkan pencernaan dan penyembuhan luka. 

Bidara (Nama latin : Ziziphus mauritiana) adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga
rhamnaceae. Di banyak daerah, tanaman ini dikenal dengan pelbagai panggilan yang diantaranya
dikenal dengan sebutan bukkol (madura), widara (jawa), bekul (bali), rangga (bima), kalangga
(sumba), serta nama diberbagai Negara seperti : jujub/epal siam (Malaysia), zee-pen (Burma),
putrea (Kamboja), dan than (Laos). Habitat hidup dari bidara ialah tanah kosong seperti ladang,
sawah dan lain-lainnya yang permukaannya kering dan tandus.

Ciri dan deskripsi tanaman boleh dikenal dengan pohonnya yang perdu rendang berduri. Ketinggian
pohon mencapai 5meter, dengan daun bulat kecil berwarna hijau, tunggal berseling dan bunganya
berukuran kecil berbentuk payung, buah bulat buni warna hijau dan memerah ketika sudah mengkal.
Biji dari buah bidara sangat keras dan sering dijadikan tasbih, gelang dan rantai.


Sumber: google image

Kandungan Nutrisi Buah Bidara
Bidara kaya akan kandungan karbohidrat, lemak, karoten, protein, air, thiamin, riboflavin, kalsium,
niacin, fosfor, zat besi, serat, Vitamin C, dan Vitamin A. Dari kandungan ini diperoleh beberapa khasiat yang membantu dan memelihara organ tubuh dan tentunya terkait juga dengan dunia
kecantikan seperti mengecilkan perut buncit dan menghaluskan kulit.

18 Khasiat Bidara Untuk Kesihatan Dan Kecantikan :

  1. Bersifat anti-bakteria yang kukuh untuk membunuh kuman, virus, mikroorganisma dan kulat.

  2. Kaya anti-oksidan yang kukuh untuk menangkal radikal bebas dan menjaga tubuh tetap sihat dan sistem imun lebih kuat.

  3. Mempercepat pengeringan dan penyembuhan luka pada kulit.

  4. Mengatasi masalah perut  dan usus seperti ulser perut, gastrik dan lain-lain.

  5. Mengawal kadar gula dalam darah yang terkait untuk terapi diabetes khususnya kencing manis.

  6. Ubat herba untuk mengatasi panas dalam, sariawan, dan bibir pecah-pecah.

  7. Ubat kumur untuk menghilangkan bau mulut dan gusi berdarah.

  8. Bersifat anti-kanser yang berfungsi untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor dalam tubuh.

  9. Meregenerasi sel-sel organ tubuh yang rosak.

  10. Mengembalikan stamina lelaki yang mujarab untuk pencegahan lemah syahwat.

  11. Mempercepat penuaan bisul.

  12. Melancarkan sistem pencernaan yang terhubung dengan pengubatan buasir (ambeien).

  13. Bersifat anti-keradangan yang berguna untuk mencegah peradangan.

  14. Bersifat anti-piretik yang berkemampuan untuk menurunkan demam atau panas pada anak dan dewasa.

  15. Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dari gejala osteoporosis (pengeroposan tulang).

  16. Mengatasi gejala keputihan dan menghilangkan bau tidak sedap pada organ kewanitaan.

  17. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak teratur.

  18. Ubat herba untuk kencing nanah, darah dan kesakitan.


Petua Tradisi Menggunakan Buah Bidara
Sebenarnya sangat mudah daun muda boleh dijadikan sayur ulam dan buahnya boleh dimakan secara terus. Tetapi ada beberapa petua menggunakan buah dan pokok bidara untuk mengubat secara alami. 


  • Luka : Ambil beberapa helai  daun dan cuci lalu dihaluskan. Tampalkan pada luka dan balut dengan kain halus. boleh juga menggunakan akar dengan cara dan tips yang sama.

  • Penyakit sakit perut dan usus : Sediakan 2 ibu jari kulit batang bidara, cuci dan rebus dengan 2 gelas air hingga jadi setengah. Minum 2x sehari secara kerap.

  • Kencing berdarah : Sediakan 1 ibu jari kulit batang, 1 genggam pucuk daun, 1 genggam jintan putih, dan 2 ulas bawang putih. Cuci bersih dan tumbuk kasar. Rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih. Tapis dan toskan kemudian minum.


Banyak juga khasiat buah dan pokok bidara ni kan... Tengok buahnya mengiurkan.. ada yang menggelarkan epal Malaysia...

Sekarang ni tengah musim.. ada juga orang jual kat Facebook sekilo RM15. Macam nak beli.. tapi tengok dulu la kan.. ada rezeki, dapat beli offline lagi bagus kan.. siapa pernah makan??? Sedap tak rasanya???


Sumber rujukan: http://khasiatq.blogspot.my

7Ulasan

  1. Nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba turutkan... tak pernah lihat buah bidara, terima kasih Maria sebab tunjukkan....

    BalasPadam
  2. akak penah mkn jgk buah ni mmg sedap n rangup betul... tp ssh nk jumpa org jual lah kt sini...
    tp kwn2 akak yg duk pantai timur ngn utara kata melambak2 ada jual kt pasaran...

    BalasPadam
  3. Masukkan ulasan anda...sedap la buah ni..kat pasar malam dekat kemaman ada org jual

    BalasPadam
  4. Salam..rasa dia campuran jambu air dgn epal..sedap..ade tanam sepokok bidara epal dan satu lagi bidara arab..dan terbaru ade tanam kat masjid baru siap dua2 pokok tu

    BalasPadam
  5. Saya ada dua pokok. Satu kacukan siam dan tempatan. Satu lg ori tempatan.

    Masa tanam anak pokok dlm 3 kaki tingginya. Pokom ni ceoat sungguh membesar dan rimbun, ni baru setahun setengah dah melayut tingginya, dah jd pokok kayu dan Alhamdulillah yg kacukan tu dah berbuah. Daunnnya dah diambil dan guna oleh bbrp org rakan utk rawatan perubatan islam.😊

    BalasPadam
  6. buah bidara sangat bagus untuk wanita, apalagi di padukan dengan minyak argan yang bisa membuat kulit wanita awet muda

    BalasPadam
  7. alhamdulillha dah 2 kg sy beli buah bidara ni....makan begitu sahaja....rasa mcm buah epal...terbaik...tak sedar punya makan 1kg sy sorang je hadap..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ