01 Januari 2017

Peraturan Baru 2017 Untuk Rakyat Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom lihat sorotan dasar dan peraturan baru 2017 bagi negara kita... 
Nampak macam ada kebaikannya setiap dasar yang dilaksanakan...  bagi MF bagus dasar dan peraturan baru ni... 



Antara dasar yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017 ialah:

Larangan Penggunaan Polistren
Bekas polistren dilarang bagi premis-premis makanan di ibu negara, Putrajaya, Labuan dan negeri Melaka bermula hari ini.

Alat Penghad Kelajuan Bas Ekpress
Semua bas Ekspress wajib pasang alat Penghad kelajuan.

Lesen Khas Kendali Umrah
Agensi pengendali umrah wajib mendapatkan lesen khas dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Power Bank Perlu Ada Sijil SIRIM
Power Bank Perlu mendapatkan persijilan SIRIM sebelum dipasarkan. 

AWAS Dilaksanakan 
Sistem Kesedaran Keselamatan Automatik (AWAS), gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

Akta Kebajikan Haiwan 2015
Akta Kebajikan Haiwan 2015 diwujudkan bagi melindungi haiwan peliharaan daripada dizalimi dikuatkuasakan. 

Cas Wad Kelas 1 dan 2 Naik
Cas wad kelas satu dan dua di hospital awam dinaikkan sebanyak 50%

Indonesia Hentikan Bekalan Amah
Indonesia menghentikan sepenuhnya pembekalan amah ke luar negara termasuk Malaysia. 

Simpanan Syariah KWSP
Simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula dana permulaan RM100 bilion 

Syarat Baru SBP
Syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh hanya menilai 40 peratus dari nilai kecemerlangan akademik.

Majikan Bayar Levi
Majikan wajib bayar levi pekerja asing dan tidak dibenarkan buat potongan gaji untuk menampung perbelanjaan.

Latihan Wajib Pengawal Peribadi
Pengawal peribadi wajib menjalani latihan dan ditauliahkan polis dan memperbaharui lesen guna senjata api. 

Wajibkan Taksir Zakat Pendapatan 
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Pahang (MUIP) mewajibkan taksiran zakat pendapatan kepada semua penjawat awam dan swasta di negeri itu.

1 ulasan:

  1. Banyak juga dasar dan peratiran yang bagus yang bagus digunakan pakai..Terutama sekali yang no 1 tu..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^