GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Yang Betul Angkat Barang Berat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Yang Betul Angkat Barang Berat! PERNAH tak berasa sakit belakang setelah selesai mengangkat barang berat?  Jika pernah, ini bermakna cara yang dilakukan tidak betul hingga menyebabkan kesakitan pada pinggang dan lekakang.

Wanita perlu menjaga kesihatan terutama tulang belakang ketika mengangkat benda berat.


Teknik Yang Betul Angkat Barang Berat!

 CARA YANG BETUL MENGANGKAT BARANG:

#-Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.

#-Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.

Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.

#-Pastikan belakang anda tegak.
Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.

#-Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.

#-Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.

#-Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.

#-Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.

CARA SALAH atau perlu dielakkan:

❎ Jangan angkat barang yang terlalu berat.

❎ Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.

❎ Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.

❎ Jangan angkat berat melebihi kepala.

❎ Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak. Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.

❎ Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.

❎ Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.

Sumber: HARIAN METRO


Bagi orang perempuan, elakkan angkat barang berat... Boleh menjadi punca Rahim jatuh. Bagi wanita yang dah berkahwin dan pernah mengandung dan beranak... Tulang menjadi semakin rapuh... Jadi, cara yang salah ketika angkat barang berat..boleh sebabkan sakit tulang belakang.

Bagi lelaki yang tak minum susu pun berisiko kena penyakit sakit tulang... Jadi, kalau tak minum susu, ambil makanan yang tinggi kalsium... Atau amalkan makan pil kalsium setiap hari...

Tulang takde sparepart.. jadi jaga sebaiknya...

7Ulasan

  1. betul tu,tak boleh main angkat je..badan nak pakai lama kan...hihi

    BalasPadam
  2. nice sharing kak maria..
    husna slalu angkat barang tak bengkokkan lutut.. main tunduk je..

    BalasPadam
  3. elok juga ada info ni. kadang-kadang angkat barang tu ikut suka jer

    BalasPadam
  4. Good info..penting untuk kita tahu cara angkat barang dengan betul kan, especially utk wanita.

    BalasPadam
  5. setuju, bagi saya yang slip disc ni memang berjaga2 selalu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ