News Breaking
Live
wb_sunny

Breaking News

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah, Boleh Buat Sendiri Di Rumah | Kek sejenis manisan yang kini dinikmati tanpa mengira waktu dan musim. 

Kalau dulu, orang makan kek ni waktu ada perayaan ataupun keraian seperti kenduri kendara. 

Kek ni bukan jenis kuih zaman moden. Zaman dulu dah ada kek ni sebenarnya… ada banyak kek tradisional yang popular zaman dulu… 

Dan kek tradisional Melayu ni mudah dan senang dibuat sebab bukan ada bahan dan alatan yang moden macam zaman sekarang. 

Apa jenis kek yang pernah popular zaman dulu? 

Haaaa…. Ini MF nak kongsikan 3 jenis kek tradisional Melayu yang mudah dan MF sendiri pernah tolong kakak MF bila nak raya zaman kecil-kecil dulu.. 

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah


1. Kek Pelangi


3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah


Bahan-bahan:

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:

1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.

2. Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.

3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu dengan pewarna merah, hijau dan kuning.

5. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.

6. Bakar adunan dalam oven pada suhu 160C selama 45 minit.

Tips elak kek melekat pada acuan: Lepas leserkan dengan minyak taburkan sedikit tepung… kek tak melekat dan senang keluarkan dari loyang/acuan.



2. Kek Buah

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum (diayak)
¾ cawan gula perang
¾ cawan mentega
¾ campuran buah-buahan kering (gaul dengan sedikit tepung gandum)
¼ cawan kulit limau campuran
½ cawan ceri dipotong kecil .
5 biji telur asingkan kuning dan putih
1 sudu makan golden syrup

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.

2. Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.

3. Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.

4. Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.

5. Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.

7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Kek ni biasa MF dan kakak buat sehari sebelum nak raya. Lebih sedap bila lepas sehari semalam kek ni… 



3. Kek Batik

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah


Bahan-bahan:

4 biji telur
250g mentega
1 cawan susu pekat manis
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung gandum
¾ serbuk koko (beli ONLINE)
2 ½ cawan milo atau mana-mana minuman coklat malt
Biskut marie dalam anggaran 100-150gm

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali biskut Marie ke dalam periuk. Gaul sebati.

2. Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.

3. Padamkan api dan masukkan biskut Marie ke dalam adunan. Gaul rata.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.

5. Potong kecil dan siap untuk dihidangkan.



Kek batik ni boleh dikatakan menu wajib bila kami adik beradik gathering bersama bukan waktu raya je… sekarang ni yang terer buat kek batik ni adik MF. 

Amacam? Mudah kan nak buat kek tradisional ni semua… semua boleh buat kat rumah je. 

Bahan-bahan semua mudah je… 

Apa? Bahan takde … musim PKPB ni payah nak cari… alahai… tu bukan masalah besar.. sekarang ni ada servis grocery delivery via Pandamart oleh Foodpanda boleh hantar sampai depan pintu rumah… apa susah. 

3 Resepi Kek Tradisional Melayu Mudah, Boleh Buat Sendiri Di Rumah



MF sekarang ni… haishhh… memang segalanya online je… tak payah nak pening kepala… 

Jadi, apa kata hujung minggu ni kita pakat buat kek tradisional Melayu ni.. mudah-mudah saja… semua pakat boleh buat kat rumah kan… 


P/s: Gambar pinjam google, cari yang sendiri punya hilang ntah ke mana... haha

Tags

Newsletter Signup

Signup untuk dapatkan informasi terbaru dari mariafirdz.com.

3 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. teringat zaman kanak2 thn 80an dulu...kek2 di atas ni la yg selalu dihidangkan pd hari raya...

    BalasPadam
  2. tq share resepi..semua nie memang favret anak suzie.. =)

    BalasPadam
  3. sedapnya..kek pelangi selalu buat. kek buah buat aritu..tak jadi. stress rasa..huhu

    BalasPadam