GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Tanda RAHIM Tidak Sihat dan Cara Mengatasinya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Tanda RAHIM Tidak Sihat dan Cara Mengatasinya! Rahim wanita, satu organ dalaman yang sangat berharga. Merupakan organ kurniaan Ilahi untuk membezakan antara lelaki dan perempuan. Rahim ibarat 'enjin' bagi wanita. Kalau rosak memang takde sparepart dah. Jadi, setiap wanita wajib jaga aset penting ni sebaiknya. 

Namun, bagi wanita lepas bersalin, atau wanita lasak berisi untuk mengalami rahim yang tidak sihat. Jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi teruk dan rosak. Nauzubillah. 

9 Tanda RAHIM Tidak Sihat dan Cara Mengatasinya!

Antara tanda RAHIM tidak sihat:

1. Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki... Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.

4. Sakit Ari-ari 

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sakit Ketika Bersetubuh

Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang. 

8. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Sentiasa Basah, 

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.


Cara atasi rahim tidak sihat

Jika ada tanda-tanda ini, boleh diatasi dengan cara:

1. Berurut

Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.

2. Bertungku

Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.

3. Berpantang

Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.

4. Makan Jamu atau Supplement

Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.

5. Elakkan Angkat Benda Berat

Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun... sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada... jika waktu dia tiada boleh guna stroller... Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap. 

6. Buat Senaman Menaikkan Rahim

Cara buat senaman tu boleh rujuk ENTRY NI.

7. Pakai bengkung.

Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. 

9Ulasan

  1. alhamdulillah..terima kasih perkongsian ini ya cikgu MF..

    BalasPadam
  2. Kesian dengan orang rumah ni, banyak sangat sakit lepas bersalin..:(

    BalasPadam
  3. Bagus perkongsian akak sebab ada org yang tak berapa nak perasan tanda-tanda nie..

    BalasPadam
  4. Tq for sharing . Bgi korang yg ade masalah di atas elok la beramal dgn jamu . Jom cuba maajunkacip homemade 100% herba tradisional. Sgt sgt berkesan. Meh ws saya 0175582004

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang sangat berinformasi ni. Selepas ni eza nak jaga makanan dan minuman la. Banyak minum air suam. InsyaAllah.

    Eza follow sini ya, blog eza baru sehari. Jemput datang melawat kawasan, https://paejahbebels.blogspot.com/.

    Salam kenalan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian ni. Bolehla selalu pantau

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ