GuidePedia

3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Haiii... baru bulan Jamadil Akhir, dah sibuk baju raya??? Tapi begitulah hakikatnya, bila keyword ini melekat di blog www.mariafirdz.com sejak dua menjak ni..


Dah ramai rupanya mencari baju raya tahun ni.. MF ni tak terfikir lagi baju raya tahun ni nak warna apa, macam mana... Tahun lepas awal Ramadhan baru cari yang siap dah kat kedai... 

Tahun ni tekad macam nak buat sendiri... sedondon dan sepesen dengan anak-anak dara MF... Semestinya guna khidmat tukang jahit iaitu suami MF la.. dengan dibantu ibu mertua MF... MF tukang gunting ataupun tukang tengok je... haha... Nak belajar, tapi ntah sempat ke tidak aje... 

Tapi design tudung memang MF nak buat sendiri... Memang dah dua tahun juga tak beli tudung raya... MF beli kain gunting dan jahit sendiri... Sebab boleh adjust labuhnya camne kan...

Tema baju raya 2016,
Design dan tema baju jenia dress dan jubah masih jadi pilihan ramai... 

Tak lari banyak dengan tahun lepas... Tahun ni kurung moden, peplum, dress dan jubah serta abaya menjadi pilihan ramai orang... Cuma mungkin jenis kain yang digunakan upgrade sikit tahun ni, mungkin tema songket atau batik Sarawak, sebab tengah popular kedua jenis kain ni.

Tapi untuk lelaki mungkinkah jubah abang sado bakal memecah tradisi raya tahun ni??? Sebab tahun lepas viral jubah otomen, batman dan superhero yang lain... Tahun ni tengok la gaya hipster tu ada lagi ke tak nak dijadikan viral nanti.

Namun, ramai lelaki Melayu selesa berbaju Melayu dan bersampin... Masih kekal kan tradisi... Cuma perempuan Melayu je, yang pecah tradisi dan ikut gaya Enggeris, Arab dan sebagainya.

Apa pun tak kisah la ye... Baju tahun lepas kalau boleh pakai, pakai aje... MF ni pikir buat baju raya bukan apa, sebab lepas pakai raya, baju tu la akan dipakai masa pergi kerja dan kenduri kendara. Jadi tak membazir mana la kan kalau buat atau beli baju pun... Setahun sekali je.

Baju anak-anak sebolehnya beli yang murah je... Tak nak ajar yang mahal-mahal lagi pun pakai sekejap je bebudak ni... Dah ketat singkat nanti... Diorang kan cepat membesar. Jadi, tak perlu nak beli yang mahal. Murah tapi selesa itu dah cukup bagi mereka.

Jadi, korang dah fikir baju raya??? Hmm... Fikirlah... Jangan last minit tempah nanti tukang jahit tak layan. Bagus juga tempah awal... Dan buat persiapan awal... Sekurangnya, Ramadhan kita tak terganggu akibat nak buat persiapan raya ni nanti... Kalau kuih raya tu boleh tahan lama... Bulan syaaban lagi MF buat stok... Tapi masalahnya tahan ke nengok je kuih raya tu atas meja...  Hehe...

Apa pun.. Moga sempat kita menyambut Ramadan... Itu yang lebih utama... Dah buat puasa baru boleh raya...


P/s: Tadi tanya kakak, "kakak nak puasa tahun ni?" Kakak jawab nak... Tapi MF minta dia belajar je puasa ikut kemampuan dia... Tiada paksaan... Kerana MF dulu mak tak paksa puasa... Tingkatan 1 baru puasa penuh tau... Kerana yang lebih utama adalah pembetulkan solat. 
Thanks for reading: Tema dan Warna Baju Raya 2016!

Catat Ulasan

  1. betul2 jgn paksa nnt tak tahan kang dia berbuka senyap2 takut kita marah hihi.
    hmmm qila pun tak tahu pape lagi tema tahun ni huhu.

    BalasPadam
  2. PC pun tak ada tema lagi cikgu MF..doa moga bertemu lagi ramadhan...nanti dah hujung puasa barulah kami beli sikit sikit apa yang wajar.

    BalasPadam
  3. xtau nak kaler apa tahun 2016 ni MF

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top