GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mari kita renung-renungkan 6 pesanan Imam Al-Ghazali ini..

Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

♥ Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

♥ Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

♥ Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

♥ Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

♥ Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


p/s: Moga 6 pesanan Imam Al-Ghazali ini dapat kita jadikan panduan untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka.
Sumber: Facebook


Ajar diri dan anak kita untuk belajar hormat orang lain. Tak kira siapa pun dia... Dia wajib dihormati bukan diejek dan dihina. Tapi malangnya... Sikap ni dah luntur dalam kalangan masyarakat kita... 

Budak dah tak reti hormat kita... Ada saja subjek Sivik dan juga Pendidikan Islam tapi sekadar belajar tanpa mempraktikkannya. 

Bila budaya makin hilang, adab semakin tenggelam ditelan zaman itulah tanda akan keruntuhan sebuah ketamadunan.

Thanks for reading: Pesan Imam al-Ghazali | Bila Kita Jumpa Seseorang...

Catat Ulasan

  1. semalam sy jumpa org sakit... dia dtg ziarah saya dan keluarga dgn mengejut. hebatnya dia, dgn beban yg ditanggung dia sangat tabah dan sabar. malaikat mengelilinginya di mana sahaja dia pergi... Subhanallah,,,, sangat berruntungnya dia...

    BalasPadam
  2. Itu yang paling menyedihkan cikgu MF...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top