GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, antara hikmah berlaku kiamat untuk diri sendiri ialah dapat banyak ilmu hari ni... dan ilmu tu MF nak abadikan dalam blog ini, sebagai rujukan MF masa akan datang dan juga perkongsian ilmu dengan semua... 

Dalam banyak-banyak yang MF baca tadi, ada juga yang menarik minat.. melalui perkongsian sains dan fakta dari rakan-rakan di laman sosial, dan pembacaan MF di web-web yang boleh dipercayai.. sama ada menggunakan dalil nas dan juga dalil akal. 

Nabi s.a.w pernah berpesan, jika berlaku gerhana matahari disunatkan solat sunat gerhana. Persoalannya, kenapa kena solat??? Jawapan kepada persoalan itu telah MF kongsikan dalam ENTRY INI. Boleh baca ye... 

Dah selesai bab tu, timbul pula persoalan lain... Apa kaitan Gerhana dan Kiamat tu??? Aspek ni dikaji dari sudut sains pula... Ilmu sains ni ye, bukan ilmu Barat, tapi ilmu Islam... Tokoh ilmu Falak Islam ialah al-Batani dan juga Abdul Rahman bin al-Sufi yang lahir zaman kegemilangan Islam iaitu pada Zaman Abbasiyyah kira-kira 1200 tahun yang lalu... Itu sedikit info ya... 

Ok, berkaitan dengan persoalan.. Apa kaitan gerhana matahari dan kiamat yang Nabi s.a.w pernah sebutkan tu???
Gerhana Penuh dirakam dari Indonesia
Sumber: Siakap Keli

Dari sudut sains.. ini jawapan yang dikongsikan oleh rakan guru MF:
Di dalam hadis ada menyatakan, akhir zaman akan berlaku lebih banyak gerhana-gerhana, kalau lihat hayat nenek moyang kita dengan hayat kita, ratio gerhana yang berlaku paling banyak pada zaman hayat kita. dalam Islam, kejadian gerhana bukan sebarang kejadian, di dalam ilmu falak ada menerangkan kaitan jangka hayat alam semesta dengan gerhana. 
Seperti yang kita tahu, kejadian gerhana melibatkan aligment bulan dan matahari. dahulu, aligment seperti ini sangat jarang berlaku sebab jarak antara bulan, matahari dan bumi berada jauh, tetapi sekarang, gerhana akan lebih kerap berlaku sebab alignment ini semakin pendek, tak sampai beberapa tahun akan jadi lagi gerhana. alam semesta kita bukan hanya bumi mengelilingi matahari, bima sakti juga mengelilingi galaksi. dalam kajian NASA, big bang itu hanyalah proses pengembangan, yang mana pengembangan akan ada proses menguncup, dan kita akan/sudah berada dalam situasi itu satu hari nanti. 
Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yang Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dengan hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yang penuh huru hara...jadi jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dengan cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini.. 
Semasa gerhana matahari berlaku matahari bulan Dan bumi berada dlm satu garisan lurus..ketika ini tarikan graviti antara matahari dan bumi sangat kuat..kemungkinan bulan akan tergelincir dari landasan yang boleh menyebabkan kemusnahan kepada bumi...sebab itu dalam Islam nabi Muhammad saw menganjur umatnya bersolat memohon kepada Allah supaya bumi terselamat dari kemusnahan...wallahua'lam.
Bab graviti kuat ketika gerhana memang betul kan.. Melalui eksperimen telur berdiri tegak ketika gerhana matahari... Fenomena ini, menunjukkan bukti kebesaran dan kekuasaan Allah mentadbir alam semesta... 
Sumber: Siakap Keli

Penjelasan ni, buatkan MF faham... memang ada kaitan gerhana dan kiamat.... Gerhana matahari adalah tanda-tanda kiamat yang semakin hampir juga.. 

Semoga kita tak leka dengan dunia, bertaubat segera, beristighfar segera dan perbanyakkan amalan baik... Sama-samalah kita ambil ikhtibar dengan fenomena alam yang Allah berikan peluang untuk kita melihatnya hari ni....
Thanks for reading: APA KAITAN GERHANA MATAHARI DENGAN KIAMAT?

Catat Ulasan

  1. Allah maha berkuasa ke atas segalanya. Tak berkesempatan melihat gerhana matahari pagi tadi

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top