GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cuti sekolah, sinonim betul dengan majlis kahwin... Alhamdulillah, bagus la kan bagi syaitan nangis dan memanjangkan silaturrahim juga. MF pun dapat banyak undangan, tapi sebab anak tak sihat, tak dapat nak memenuhi undangan tu. Hukum memenuhi undangan ni wajib jika tiada keuzuran.

Bila sebut nak pergi kenduri kahwin, yang sering dikalutkan bila sampai rumah kenduri, cari sampul raya nak letak duit salam kaut. Di johor istilahnya duit kukut... Entah betul entah tak MF eja nih.. Ikut bunyi yang suami sebut je nih.. hehe...

Dan isi ni ada ditimbulkan dalam beberapa group yang MF join di Facebook juga.. Bahkan terbaru, ada siap tulis nota taruk dalam sampul... konon minta tuan rumah ikhlaskan diri dari minta duit salam kaut ni. Waahhh... sampai macam tu sekali.

Dalam ISlam ada ke bab duit salam kaut ni??? Sebenarnya, tiada pun dalam Islam, ini semua adat. Jika zaman dulu, orang kenduri kahwin berpakat. Jika masa kenduri kahwin MF dulu masih lagi la amalkan adat bersedekah barang keperluan seperti beras, gula, garam, bahan untuk kenduri, gubah hantaran dan bunga telur atau juga bahan untuk goodies bag. Tapi sekarang dah kurang dan jarang dah nak jumpa budaya tu, sebab tu orang bagi duit...

Tapi disebabkan peredaran zaman, kos yang makin bertambah, buatkan ada yang segan nak bagi seringgit dua... Paling kurang RM5 atau RM10... Perkara sebegini macam satu kemestian pula...

Tapi bagi MF bukanlah satu kewajipan untuk pergi walimatulurus tu kena sediakan duit... Bagi seikhlas hati...

Bagi tuan rumah pula... Niatlah kenduri tu untuk jamu orang makan... Jika ikhlas dapat pahala bagi orang makan. Tapi kalau nak dapat keuntungan dan modal tu jawab la depan Allah nanti...

Apa pun.. Buatkan kenduri itu ikut sunnah baru ada keberkatan dalam perkahwinan... Bukan semata-mata nak dapat duit modal atau nak tunjuk siapa paling grand majlisnya...

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing...'
Thanks for reading: Adat "Salam Kaut" Ketika Hadir Undangan Perkahwinan!

Catat Ulasan

  1. anda di tag!

    http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/segmen-top-blogger-2016-by-nurzulfa.html

    BalasPadam
  2. Salam berblogging... musim cuti sekolah ni lah waktu bnyk salam kaut ni... t kasih atas perkongsian yg bermanfaat buat renungan dan peringatan bersama semua..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top