GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman aku sendiri pernah ditipu oleh suami orang. Dah kahwin mengaku bujang, siap tipu umur plak tu... Jika suami orang tapi mengaku suami orang dan dia kahwin lain sebab mampu boleh diterima lagi la kan.... Ni menipu dan mengaku bujang trang tang tang... Namun, pengalaman tu mematangkan diri kan... Alhamdulillah, akhirnya aku ditemukan jodoh yang terbaik berkat doa dari Ibu bapa, adik beradik, kengkawan dan usaha, doa dan tawakal.. 

Ni ada beberapa tips untuk tengok lelaki ni mengaku bujang tapi rupanya dah kahwin... Tips untuk gadis-gadis yang tengah cari jodoh tu kan... 

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan. (Tak pernah alami sebab MF tak pernah pun jumpa lelaki tu lama), pernah sekali imbas je ditepi jalan, sebab nak tengok rupa masa tu.)

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia takut/risau terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tengok awek lain.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dr tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur atau silent. (yang tanda paling kukuh sekali.. berdasarkan pengalaman aku... macam ada masa tertentu pula nak call dan SMS)

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya atau koleksi awek-awek yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.



13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih. (yang ni tak semestinya la, sebab ramai juga bujang terlajak zaman sekarang sebab hantaran mahal... )

Jadi, hati-hati dan selidik betul la ye... Kalau boleh jangan la berkawan dengan suami orang... Usahalah supaya jodoh anda bukan dengan suami orang, melainkan anda sendiri dipinang oleh isterinya untuk dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat. Jika cara menipu macam ni.. tak perlu lah ye.. sekalipun dah jatuh cinta, usahalah untuk menjauhkan... teruskan doakan moga ALlah temukan jodoh yang baik dan terbaik untuk kita. 

Tapi kalau dah terkahwin dengan suami orang... Berusahalah untuk bersatu dengan baik... Tengok aje ending filem Madu Tiga tu.. berusaha untuk mendidik suami berlaku adil... sebab suaminya yang salah kan.. dan masing-masing sayangkan suami masing-masing... Berebutkan suami macam tu, buatkan suami bertambah dosa sebab tak berlaku adil...sedangkan adil tu lah tunjang utama dalam poligami.

Pandai juga nasihat orang aku ni ye.. haha.. tapi terus terang, aku tak rela nak berpoligami ni...sebab aku cemburu kuat mehh... haha.. tapi aku tak kisah lelaki nak berpoligami dan kahwin ramai, asalkan bukan laki aku... hehe


Thanks for reading: 13 TANDA LELAKI ITU MASIH SUAMI ORANG!

Catat Ulasan

  1. Sapa yg x cemburu kan hhehe..lya pun kuat cemburu juga..mudahn suami kita x trgolong dlm golongn spt tu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top