GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ada Apa Dengan Zulhijjah??

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada Apa Dengan Zulhijjah:
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr ayat 1-3:
Maksudnya: “Demi waktu fajar Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah Dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”

Menurut Ibnu Kathir, malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil tersebut ialah hari Arafah.

Apa kelebihannya?
Sabda Rasulullah SAW:
Yang bermaksud :“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari arafah. ” (Riwayat Muslim)

Apa amalan yang sebaiknya di waktu ini?
  1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
  2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
  3. Memperbanyakkan takbir dan berzikir. “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.
  4. Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa. (Bulan yang terbaik untuk ubah diri dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Jadi banyakkan berdoa moga kita dapat ubah diri ke arah lebih baik... Mohon hidayah Allah.)
  5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran
  6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.
  7. Disyari’atkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
Sumber: Ustaz Elyas Ismail

Bulan Zulhijjah, bulan yang mulia... Bulan yang penuh sejarah dan pengorbanan. Bulan Zulhijjah juga bulan kelahiran MF dalam bulan Islam. MF pada hari Arafah dalam bulan Islam.

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ